Urus Niaga Dalam Talian - Karangan Pelajar Stpm

Sumber Rujukan Bagi Membantu Para Pelajar Dalam Penulisan Esei

sdsdfdsf

Urus Niaga Dalam Talian

Perdagangan secara talian kini merupakan satu mekanisme baharu dalam urus niaga tanpa sempadan. Perdagangan secara talian kini semakin meningkat dari hari ke hari dalam kalangan rakyat di Malaysia. Namun, terdapat banyak kesan positif dan negatif yang timbul akibat urusniaga melalui sistem elektronik ini.

Salah satu kesan positif yang ketara dalam urus niaga tanpa sempadan ini adalah dapat memudahkan dan mempercepatkan urus niaga. Hal ini kerana urus niaga dan perkhidmatan e-dagang ini boleh diakses dengan mudah setiap masa dan di mana jua sama ada di pejabat, rumah dan sebagainya. Contohnya, urus niaga ini boleh dimulakan walaupun berada di rumah dengan adanya kemudahan mengakses internet.

Selain itu, urus niaga secara talian juga dapat menjimatkan masa dan tenaga kepada pengguna. Hal ini kerana pengguna tidak perlu berkunjung ke tempat yang jauh untuk membeli barangan keperluan sebaliknya pengguna hanya perlu memesan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan melalui talian. Pengguna  juga dapat menjimatkan masa kerana setiap maklumat tentang pembelian secara talian telah disediakan. Segala pesanan dan pembayaran boleh dilakukan melalui internet atau talian elektronik yang lain.

Di samping itu, urus niaga elektronik dapat memudahkan pengeluar dan pengguna mendapatkan maklumat untuk membeli atau memasarkan sesuatu barangan. Hal ini memberi peluang kepada syarikat-syarikat untuk menghantar mesej-mesej pemasaran dan maklumat produk kepada pengguna multinasional di seluruh dunia melalui internet. Keadaan ini akan lebih memudahkan promosi sesuatu barangan. Pengguna juga akan memdapat maklumat yang tepat sebelum membeli sesuatu barangan.

Kesan negatif yang ketara dalam urus niaga secara talian adalah berlaku penyelewengan dalam urus niaga ini. Hal ini berlaku kerana pengguna atau pembeli mungkin ditipu dalam urus niaga ini. Contohnya, barang yang dibeli pengguna mungkin tidak wujud sama sekali. Seterusnya, barang yang dibeli secara elektronik tidak berkualiti dan mendatangkan kemudaratan kepada pengguna.

Kesan negatif lain adalah berlaku ketidaktentuan trasaksi. Misalnya, akses internet  yang lambat di sesetangah kawasan menyebabkan pengguna sukar membuat tempahan atau pembelian. Barang yang dibeli pengguna juga kadangkala tidak sampai kepada pengguna seperti dalam terma dan syarat yang dipersetujui antara pengguna dan pengeluar. Senario ini akan menyebabkan sebilangan pengguna tidak berminat dalam urus niaga menggunakan akses internet ataupun e-dagang.

Kesimpulannya, urus niaga secara talian ini mempunyai kesan negatif dan positif yang tersendiri. Namun, jika dimanfaatkan dengan baik urus niaga ini dapat membawa produk dan imej negara ke persada antarabangsa serta mampu bersaing dalam ekonomi dunia tanpa sempadan. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk menggerekkan ekonomi negara agar lebih maju dan setanding dengan negara luar. 

3 comments:

  1. Assalamualaikum.. Nk tnya.. Klu soalan hnya minta kelebihan perniagaan secara ats talian tpi kita kemukakan beberapa isi kesan negatif perniagaan secara ats talian adkh blh dlm krgn atau lari drpda soalan yg dikehndaki??

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Nk tnya.. Klu soalan hnya minta kelebihan perniagaan secara ats talian tpi kita kemukakan beberapa isi kesan negatif perniagaan secara ats talian adkh blh dlm krgn atau lari drpda soalan yg dikehndaki??

    ReplyDelete