Karangan Pelajar Stpm

Sumber Rujukan Bagi Membantu Para Pelajar Dalam Penulisan Esei

sdsdfdsf

Pencemaran Budaya Di Kalangan Remaja

12:04:00 0
Budaya dan adat resam nenek moyang kita telah tercemar dengan adanya golongan belia yang sama sekali tidak menghiraukan makna sesuatu budaya dan adat itu. Tidak hairanlah anak-anak muda zaman kini sudah pandai melanggar pantang larang seperti berani mengenakan pakaian ketat, mewarnakan rambut, bertindik dalam kalangan kaum lelaki dan sebagainya.
 
Pepatah melayu yang selalu diungkapkan dahulu iaitu “rambut sama hitam tapi hati lain-lain” sudah tidak boleh digunakan lagi kerana kebanyakan remaja sekarang ini baik lelaki ataupun perempuan sudah mewarnakan rambut mereka yang kononnya lebih menarik dan bergaya. Bermula dari sinilah budaya-budaya dan nilai-nilai kesopanan melayu semakin hilang. Apabila satu budaya asing telah menular ke dalam diri golongan remaja kini,mereka akan lebih mudah menerima masuk budaya-budaya kuning yang lain seiring dengan peredaran masa kerana mereka sudah menganggap budaya-budaya tersebut telah sesuai dn sebti dengan jiwa mereka yang selalu dahagakan sesuatu yang baru. Oleh itu,pelbagai jenis budaya yang tidak sihat telah menular masuk dalam kalangan masyarakat kita terutama sekali kaum remaja.

Budaya Pop

Berleluasanya budaya pop dalam kalangan generasi muda telah menjadi satu identiti untuk generasi tersebut terutamanya di Malaysia. Penularan masuk pelbagai budaya seperti budaya semacam mania yang memuja penyanyi-penyanyi pop terkemuka seperti Micheal Jackson, Madonna, Bruce Springsteen dan lain-lain di mana gambar-gambar dan poster mereka menghantui generasi muda zaman sekarang. Gaya berpakaian mereka juga sering ditiru sehinggakan terdapat pertandingan untuk meniru aksi-aksi penyanyi tersebut. Selain itu, fenomena ini berterusan dengan wujudnya pemujaan terhadap pelakon terkenal seperti Richard Gere, Tom Cruise, Julia Roberts dan lain-lain lagi telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan moden yang serba kompleks ini untuk generasi tersebut terutamanya di Malaysia.

Budaya Breakdance

Selepas itu,masyarakat kita dikejutkan lagi dengan “budaya breakdance” yang mengagungkan lagu-lagu dari dunia pop yang mengandungi senikata yang erotis dan mampu menaikkan nafsu para pendengar terutamanya golongan remaja. Contohnya: Girls, I wanna have some fun, Don’t stop till you get the enough, I can’t stand it no more” dan sebagainya. Tarian ini diiringi dengan lagu hip hop,rap atau lagu remix yang menjadikan para remaja hanyut dalam menghayati lagu tersebut ketika melakukan tarian ini. Mereka yang terlibat dalam tarian ini juga mementingkan gaya penampilan supaya sesuai dengan identiti yang mereka bawa iaitu tarian breakdance ini. Mereka memilih jenama seperti Adidas, Puma atau Fila untuk kasut yang mereka gunakan kerana dikatakan memiliki kelenturan tinggi.

Budaya Punk

Budaya punk adalah budaya yang berkembang daripada muzik rock punk yang bermula di New York, London dan kemudiannya tersebar serta menjadi popular pada tahun 1977 dalam kalangan remaja. Budaya ini berkembang melalui fesyen, muzik, seni, media dan kelakuan yang tersendiri yang biasanya mengejutkan, gelap dan berunsurkan pemberontakan pada sesuatu pihak. Muzik punk yang pantas, bingit dan kasar sememangnya mampu untuk untuk merosakkan akhlak remaja dan menggalakkan kegiatan jenayah berleluasa. Mereka yang terjebak dalam budaya ini memiliki penampilan yang berbeza-beza dan ada sebahagiannya berfesyen semata-mata untuk menunjukkan keberanian dan mengagungkan mesej punk mereka. Mereka mengenakan jeans dan pakaian yang telah dikoyak, boot Doc Martens, pakaian serba hitam, seluar ketat (skinny pants), rambut fesyen Mohawk, stail terpacak, dan juga rambut yang diwarnakan dengan pelbagai warna.Mereka juga mengenakan aksesori seperti rantai besi, gelang tangan spikes, lencana, symbol nazi, salib terbalik dan anarki, membuat tatu serta menindik badan mereka.

Budaya Black Metal

Budaya Black Metal adalah budaya yang bersendikan kepada pemujaan syaitan. Budaya ini diasaskan di barat yang terkenal dengan muzik yang berentak keras, bingit serta liriknya kasar, menjerit serta sebutannya tidak jelas. Mesej yang di bawa dalam lagu ialah menolak kewujudan Tuhan, menggalakkan seks rambang dan keganasan. Lirik lagu sememangnya liar dan ada yang mengatakan bahawa muzik ini adalah bunyi syaitan tetapi ia tetap indah pada pengikutnya. Pengikut budaya ini mengenakan pakaian yang serba hitam, membakar duit syiling 50 sen lalu digariskan di dagu dan mengenakan tatu bintang berbucu lima. Logo yang digunakan oleh mereka adalah berbentuk tengkorak yang sudah menjadi barang perhiasan yang dipakai oleh para pengikut kumpulan ini. Kumpulan ini juga diwajibkan menjalani upacara pemujaan syaitan, meminun darah kambing dan memakai salib yang diterbalikkan.

Budaya Rempit

Mat rempit dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah individu yang terlibat dalam perlumbaan haram yang kebiasaannya melibatkan motosikal yang dikenali sebagai kapcai atau skuter. Tidak semua golongan Mat Rempit ini terlibat dengan perlumbaan haram tetapi terdapat sesetengah dari mereka lebih suka untuk menunjukkan aksi-aksi yang membahayakan untuk keseronokan diri seperti wheelie, superman (berbaring diatas tempat duduk motosikal) wikang dan scorpion (berdiri diatas tempat duduk dengan satu kaki semasa melakukan aksi wheelie). Sesetengah mereka yangterlibat dalam gejala merempit ini tidak lagi mempunyai lesen yang sah, tidak membayar cukai jalan dan ada yang menunggang motosikal yang dicuri. Mereka juga mempunyai hubungan dengan kumpulan samseng, kumpulan perompak, pergaduhan, mencuri dan membuli golongan yang lemah.

Punca-Punca Berlakunya Pencemaran Budaya

a) Pengaruh persekitaran

  • Gaya fesyen yang ditonjolkan keterlaluan 
  • Kebebasan hidup dan kesibukan masyarakat sehingga tidak mempedulikan orang lain
  • Terdapat pelbagai pusat hiburan dan kelab-kelab malam
  • Pembudayaan barat dalam kalangan masyarakat muda
b) Kelemahan institusi keluarga
  • Remaja tinggal berjauhan dengan keluarga 
  • Ibu bapa terlalu sibuk dengan tugas sehingga mengabaikan tanggungjawab
  • Anak tidak mendapat asuhan dan kasih sayang
  • Alam rumah tangga tidak teratur
  • Perpisahan ibubapa
  • Keadaan sosioekonomi yang sempit
  • Ketidakupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anak
c) Kurangnya pendidikan dan penghayatan agama
  • Tekanan belajar 
  • Ibubapa kurang menitik beratkan hal pendidikan anak-anak
  • Pengabaian isu agama dalam kalangan pelajar itu sendiri
  • Kesedaran sivik dan akidah yang rendah
d) Pengaruh rakan sebaya
  • Golongan kawan yang tidak sesuai 
  • Kurang ilmu pengetahuan dalam bidang tertentu
  • Pendedahan maklumat yang salah oleh rakan
e) Pengaruh media
  • Penyampaian maklumat yang tidak sesuai 
  • Ikon hiburan
f) Diri sendiri
  • Tiada keyakinan 
  • Mencari perhatian masyarakat dan keluarga
  • Kurang jati diri 
  • Iman tidak teguh 
Sumber

Pencemaran Tanih/Tanah

11:54:00 0
Punca-Punca Berlakunya Pencemaran Tanih
  • Pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku.Terdapat dua kaedah pembuangan sampah yang sering diamalkan iaitu kaedah penimbusan dan kaedah pembakaran.Walaupun sampah sarap dapat dilenyapkan dari pandangan mata dan hiduan hidung dengan kaedah ini namun tanpa pengawalan yang rapi,kedua-dua teknik inijuga boleh memberi masalah yangserius jepada alam sekitar.
  • Selain itu,Pembuangan sisa toksik dan nuklear juga akan menyebabkan pencemaran tanah berlaku.Apabila sisa toksik dan nuklear telah mencemari permukaan tanah,maka ia akan menyebabkan kualiti tanah merosot.Hal ini akan memberi impak yang besar kepada manusia serta alam sekitar.
  • Tambahan pula, penebangan hutan juga akan menyebabkan pencemaran tanah berlaku.Kawasan hutan ditebang untuk mendapatkan hasil balak yang mempunyai keuntungan lumayan. Penebangan hutan ini akan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar.Hal ini disebabkanketiadaan akarpokok untuk mencengkam tanah.Kesannya,tanah runtuh akan terjadi dan akan membahayakan nyawa penduduk yang tinggal brehampiran kawasan itu.

Kesan-Kesan Pencemaran Tanih
  • Penyebaran kuman-kuman penyakit merupakan salah kesan yang akan timbul kesan daripada pencemaran tanah.Haiwan-haiwan perosak seperti tikus,lipas dan lalat akan tertumpu di kawasan itu dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat lain.Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas,seterusnya di makan oleh manusia tanpa sengaja maka manusia akan mudah diserang keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.
  • Selain itu,Kerosakan tanah dan kualitinya juga merupakan kesan yang akan timbul apabila terjadinya pencemaran tanah.Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan dari kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang kualiti.Tanah yang kurang kualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam hidup dengan tidak sempurna dan kurang subur.
  • Hakisan tanah juga akan turut terjadi jika pencemparan tanah berlaku.Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sering berlaku di seluruh negara.Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia,misalnya tanah runtuh dan gempa bumi.Terdapat banyak yang sedang diancam hakisan tanah.Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan tanah adalah pembersihan dan pembajakkan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada runtuh.

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Tanih
  • Pendidikan alam sekitar merupakan salah satu kaedah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah pencemaran tanah.Pendidikan alam sekitar dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar.Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu,dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan.
  • Selain itu,kempen kesedaran juga boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.Antara kempen-kempen alam sekitar yang boleh dilaksanakan adalah kempen cintailah sungai kita,kitar semula,dan sahabat alam.Dalam kempen ini peserta akan diajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan sebagainya.
  • Pendedahan media masa juga merupakan salah satu cara yang boleh di ambil untuk menangani isu pencemaran tanah.Pada hari ini,media masa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna.Oleh itu,dengan adanya pendedahan media masa tentang isu pencemaran alam,masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani masalah pencemaran.

Konsep dan Punca Pencemaran Air atau Sungai

07:27:00 0
Pengenalan Kepada Pencemaran Air
 

Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehinnga tidak sesuai dan memberikesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizik. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantaidan lain-lain secara sengaja atau tidak sengaja.
 
Punca Pencemaran Air
 
1. Bahan Pencemar dari Kilang
  • Punca utama yang menghasilkan pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang-kilang yang berdekatan dengan sumber air tersebut.
  • Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.

2. Pembaungan Sampah
  • Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang-wenangnya ke dalam sungai.
  • Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.

3. Pertanian
  • Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai-sungai.
  • Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. 
  • Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.

5. Industri Perlombongan
  • Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini.
  • Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

6. Bahan Radioaktif dan Ujian Nuklear
  • Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air.
  • Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. 
  • Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.

Konsep Pencemaran Alam Sekitar

15:14:00 0
Konsep

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .
 
Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.
 
Jenis-jenis Pencemaran Alam sekitar
 
a. Pencemaran Udara
Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.
 
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .
 
b. Pencemaran Air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.
 
Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .
 
c. Pencemaran Tanah
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.
 
d. Pencemaran bunyi
Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.
 
Punca-punca pencemaran alam sekitar
 
a) Perkilangan.
Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.
 
Terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
 
Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.
 
Selain itu juga terdapat kilang-kilang yang melepaskan asap dari serombong-serombong asap di kilang masing-masing tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling. Lebih memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya kilang kelapa sawit, kilang getah, loji-loji pemprosesan petroleum dan lain-lain lagi..
 
b) Kenderaan
Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.
 
Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.
 
c) Pembakaran terbuka
Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak samun.
Aktiviti membakar sawah-sawah padi selepas kerja menuai juga merupakan salah satu punca pencemaran alam sekitar juga.
 
d) Sampah sarap
Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-rumah setinggan. Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju.
 
e) Pembinaan
Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pembinaan rumah-rumah baru oleh syarikat pemaju. Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal akan di buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran.
Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi kawasan penternakan nyamuk.
 
f) Perniagaan
Kawasan perniagaan banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika kita lihat banyak pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuang sampah yang teratur.
Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat dan tidak terurus.
Keadaan ini dapat dilihat di kawasan-kawasan pasar basah dan kedai-kedai persendirian.
 
g) Petempatan.
Petempatan juga merupakan punca kepada pencemaran alam sekitar semakin serius. Bagi petempatan bandar , tong-tong sampah telah disediakan. Namun demikian untuk pembuang sampah-sampah dalam katogeri besar seperti almari, barang elektrik yang sudah rosak, perabot lama dan sebagainya, akan dikenakan kos pengangkutan. Jadi untuk tidak merugikan mereka, mereka akan membuangnya di tempat-tempat yang tersorok.
Sementara bagi petempatan setinggan pula, keadaan lebih tidak terurus. Mereka membuang sampah mengikut suka hati mereka sahaja. Ini menyebabkan banyak bahan tercemar di longkang, parit dan sungai yang berhampiran.
 
h) Perlombongan
Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.
 
Kesan-kesan pencemaran alam sekitar.
 
a) Hujan asid
Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
 
Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.
 
b) Jerebu
Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.
 
Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar.
 
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.
 
c) Suhu meningkat
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
 
d) Air tercemar
Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.
 
Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut
 
e) Bau busuk
Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan – bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
 
Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan, kilang kelapa sawit dan kilang getah.
 
Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
 
1. Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.
 
2. Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.
 
3. Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.
 
4. Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.
 
5. Catalytic converter
Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.
 
Rumusan
 
Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang.