Ketika negara kita melangkah ke arah pembangunan fizikal yang pesat, ilmu kepenggunaan dalam kalangan rakyat Malaysia masih berada di takuk yang lama dan tidak mengalami anjakan paradigma. Walhasilnya, pengguna kita sering menjadi mangsa kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab lagi licik. Lebih-lebih lagi, segelintir peniaga kita sanggup menangguk di air keruh terhadap pengguna kita ketika negara kita dilanda tsunami kewangan. Apabila peniaga kita meraih keuntungan yang bagai tikus jatuh ke gudang beras, pengguna yang tidak berdosa turut menjadi mangsa dalam gelombang inflasi. Sesungguhnya, rakyat Malaysia perlu dilengkapi dengan ilmu kepenggunaan supaya menjadi pengguna yang bijak.
Untuk melahirkan pengguna yang bijak, media massa memainkan peranan yang signifikan. Sama ada pihak media elektronik seperti televisyen atau pihak media cetak terutama akhbar perlu menerapkan pengetahuan atau hak-hak pengguna kepada khalayak ramai. Hal ini demikian kerana media massa mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakat kita. Dengan bantuan media, pengguna akan mengetahui cara-cara yang berkesan untuk menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan oleh peniaga. Sehubungan dengan itu, pihak media harus menyiarkan iklan, rencana, wawancara, forum dan ceramah tentang hak pengguna. Lantaran, suri ramah tangga yang merupakan golongan pengguna yang terbesar turut mendapat pengetahuan tentang ilmu kepenggunaan dan tidak seperti katak di bawah tempurung.
Badan-badan NGO perlu bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengadakan “Kempen Pengguna Yang Bijak”. Dalam konteks ini, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) perlu memikul amanah untuk mengadakan kempen tersebut dari semasa ke semasa supaya orang ramai benar-benar mengetahui hak mereka sebagai pengguna. Aktiviti tentang ceramah, pameran, forum, persidangan, pertandingan koir, peraduan melukis poster dan menulis esei tentang hak pengguna harus diadakan bersempena dengan kempen tersebut. Khalayak ramai akan mengetahui cara untuk menuntut pampasan ketika membeli barangan atau mendapat perkhidmatan yang tidak bermutu. Orang ramai juga diberitahu tentang cara untuk membuat aduan ketika menghadapi penyelewengan peniaga seperti menaikkan harga dengan sesuka hati, menjual barangan yang telah lapuk tarik, menjual barangan yang tidak selamat atau mengancam kesihatan mereka. Keyakinan perlu diberikan kepada pengguna supaya berani menuntut hak mereka, dengan prinsip “berani kerana benar”.
Selain itu, kurikulum dan kokurikulum tentang ilmu kepenggunaan di sekolah adalah pendekatan yang ampuh untuk melahirkan pengguna muda yang bijak. Kata orang tua-tua, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Lantas, ilmu kepenggunaan perlu disuntik kepada sanubari pelajar kita ketika masih di bangku sekolah. Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup, pelajar telah disalurkan pengetahuan tentang hak-hak pengguna. Di samping itu, semua sekolah juga digalakkan supaya menubuhkan Kelab Pengguna kepada remaja yang berusia setahun jagung dan berdarah setampuk pinang. Pelbagai aktiviti boleh dianjurkan seperti perbahasan, pidato, perbicaraan mahkamah pengguna dan sebagainya. Tindakan ini amat penting supaya anak muda kita akan menjadi jauhari yang mengenal manikam, iaitu menjadi pengguna yang bijak. Gara-garanya ketika melangkah ke kedewasaan, golongan tersebut dapat menggunakan kuasa pengguna daripada terus ditindas oleh pengguna yang tamak dan tidak beramanah.
Walaupun hak pengguna telah dimaktubkan dalam perundangan negara kita, tetapi pengguna yang kedangkalan pengetahuan sering menjadi mangsa dalam dunia perniagaan yang hanya mengutamakan riba dan terus mengabaikan etika mereka. Rentetan daripada itu, pengguna kita harus bijak berbelanja tanpa diheret oleh pemiutang akibat hutang keliling pinggang. Pengguna harus sentiasa membanding harga di premis yang berbeza sebelum membeli belah. Pengguna harus membeli barangan dengan keperluan dan bukan berdasarkan nafsu. Ketika berbelanja, pengguna dinasihati supaya menyediakan belanjawan dan senarai barangan yang perlu dibeli. Pendekatan ini sungguh mustahak agar kita tidak berbelanja secara berlebihan terutamanya menghadapi jualan megah, jualan murah dan promosi yang istimewa. Ingatlah peribahasa, “mulut disuap pisang, buntut dikaitkan onak.” Jangan kita mudah terpengaruh oleh pujukan jurujual yang berbahasa manis. Eloklah kita meminimumkan penggunaan kad kredit supaya tidak membeli barangan mewah yang tidak berguna. Natijahnya pengguna yang bijak perlu sentiasa mengukur baju pada badan sendiri tanpa berbelanja secara berlebihan sehingga berhutang kepada ceti haram atau ceti halal, iaitu syarikat kad kredit.
Bak kata peribahasa, “alah membeli menang memakai” harus dihayati oleh umat sejagat. Setiap pengguna harus mementingkan kualiti barangan yang dibeli. Misalnya, ketika membeli sesuatu benda, kita perlu memperoleh maklumat tentang produk itu dan mengkaji kandungannya , tarikh lupuk serta fungsi penggunaan. Barangan yang disahihkan oleh SIRIM atau ISO (Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa) sepatutnya menjadi pilihan kita. Pengguna yang bijak harus mengutamakan faktor keselamatan, kesihatan dan mesra alam terhadap sesuatu produk. Tamsilnya kita tidak akan membeli sesuatu produk yang boleh menjejaskan kualiti alam sekitar seperti pakaian kulit binatang liar, alat penghawa dingin yang mengeluarkan CFC dan sebagainya kerana kita juga pengguna alam sekitar. Dengan kata lain pengguna yang bijak perlu menitikberatkan kualiti barangan yang tahan lama, selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Secara tuntasnya, pengguna yang bijak perlu mengetahui hak asasi pengguna dan ilmu kepenggunaan. Pengguna bertanggungjawab untuk membela nasib sendiri. Pengguna harus berani bersuara dan bertindak ketika dianiayai oleh peniaga yang berniat jahat. Kempen Konsumen Kebangsaan, yang dianjurkan oleh FOMCA, dengan tema, ”Perubahan Bermula Dengan Saya” harus dihayati oleh setiap pengguna.

No comments:
Post a Comment