Pada era globalisasi yang membawa pelbagai pembangunan, buku-buku bahasa klasik semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita, terutamanya golongan pelajar. Buku-buku bahasa klasik seperti Si Lucai dan Pak Kanduk yang pernah menjadi teman kanak-kanak zaman silam kini tidak disukai atau diminati oleh pelajar kita lagi. Apakah punca yang menyebabkan pelajar kita tidak menghargai khazanah kesusasteraan tanah air kita? Adakah kita sanggup membiarkan buku-buku bahasa klasik lenyap dan ditelan dalam pengedaran zaman?
Bak kata peribahasa, “ada asap, ada apinya”. Salah satu faktor yang menyebabkan pelajar kini tidak meminati buku bahasa klasik ialah mereka sukar memahami atau menghayati isi kandungan cerita klasik. Hal ini terjadi demikian kerana generasi muda sekarang tidak dapat menguasai bahasa klasik yang penuh dengan diksi bahasa klasik, bahasa Arab, bahasa Sanskrit dan bahasa istana. Cerita bahasa klasik yang sarat dengan kata bahasa klasik seperti arakian, hatta, kalakian dan sebagainya tentu mengelirukan pelajar kita yang hanya menguasai bahasa baku. Tambahan pula, gaya bahasa dalam buku prosa tradisional jauh berbeza dengan cerpen atau novel dewasa ini. Ternyata, kebanyakan prosa klasik merupakan sastera lisan yang diwarisi secara turut temurun. Lantarannya, karya tersebut tidak berpaksikan tatabahasa moden. Kebanyakan ayat disusun dengan ayat songsang atau inversi menyebabkan pelajar tidak dapat memahami konteks ayat itu Gara-gara sukar memahami kandungan cerita klasik itu, kebanyakan pelajar akan meremehkan buku bahasa klasik yang dianggap tidak praktikal dalam zaman modenisasi ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa latar masyarakat dipaparkan dalam cerita klasik jauh berbeza dengan latar masyarakat pelajar sekarang, bagai langit dengan bumi. Kebanyakan prosa tradisional memperlihatkan latar masyarakat kerabat diraja seperti Raja Muda, masyarakat pahlawan yang berkuasa ghaib seperti Awang Suluh Muda, masyarakat feudal yang taat setia seperti Hang Tuah serta masyarakat jahil seperti Pak Kanduk. Latar masyarakat tersebut tidak sebati dengan kehidupan remaja kita yang sedang menempuhi modenisasi dan globalisasi yang sarat dengan persaingan dan cabaran. Justeru, sesetengah pelajar sukar menerima prosa klasik yang memperlihatkan latar masyarakat yang berlainan dengan realiti hidup mereka. Bagaimanapun, pelajar kita lebih menerima karya fiksyen yang berlatarkan masyarakat sains dan teknologi yang canggih.
Lebih-lebih lagi kebanyakan prosa klasik masih mengandungi mitos atau dongeng yang tidak masuk akal. Senario ini berlaku demikian kerana terpengaruh oleh agama Hindu pada zaman dahulukala. Walaupun cerita-cerita itu telah “diislamkan” tetapi masih mengandungi kepercayaan tahayul. Contohnya, dalam Sejarah Melayu, Bat yang dikeluarkan daripada muntah lembu putih itu telah mengajarkan segala adat kerabat diraja kepada Sang Sapurba di Bukit Siguntang. Dalam Hikayat Seri Rama, seekor kera yang bernama Hanuman yang berilmu jadi-jadian telah banyak membantu Seri Rama untuk berlawan dengan Rawana. Ternyata cerita-cerita berkenaan adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam. Sesetengah ibu bapa dan guru pun tidak dapat menerima cerita plot tersebut apatah lagi menggalakkan anak buah mereka membaca buku bahasa klasik.
Dalam zaman ledakan maklumat ini, pelajar kita terdedah kepada lambakan informasi dan hiburan. Pelajar kita terlalu leka dalam pelbagai permainan siber dan komputer. Mereka pun sibuk mengikut arus hiburan trend semasa, terutama bidang muzik dan filem. Selain membaca buku teks dan buku rujukan, mereka sudah jarang berjinak-jinak dengan buku karya sastera seperti antologi cerpen, sajak, dan novel. Jangan harapkan mereka hendak menyelami buku bahasa klasik lagi. Sebagai kenyataannya, pelajar lebih suka membaca bahan bacaan picisan, terutama majalah yang mengisahkan cerita gosip tentang artis, komik yang penuh dengan unsur lucah dan ganas atau bersensasi murah. Amalan membaca pelajar sekarang cenderung kepada “budaya makanan segera”, iaitu mudah difahami dan tidak perlu memeras otak untuk berfikir. Sehubungan dengan itu, buku bahasa klasik tidak diminati oleh pelajar yang sibuk untuk mencapai akademik yang cemerlang.
Lebih-lebih lagi, pencapaian akademik dan kokurikulum yang merupakan prasyarat melanjutkan pelajaran turut menyumbang kepada masalah tersebut. Senario ini terjadi demikian kerana setiap pelajar menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik masing-masing. Untuk mencapai A+ dalam semua mata pelajaran, mereka sibuk membuat latihan yang membukit, menyiapkan projek sekolah, menelaah pelajaran dan menyertai kelas tuisyen. Hakikatnya, prosa tradisional hanya diuji dalam kertas Bahasa Malaysia yang hanya 8 mata sahaja dalam 240 mata kertas Bahasa Malaysia SPM. Dalam masa yang sama, mereka juga perlu bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum mereka. Mereka perlu bermesyuarat, berkempen, berkhemah, berceramah , berkawad kaki, menjalani pelbagai latihan dan lain-lain lagi. Dalam situasi ini, pelajar tidak mungkin meluangkan masa untuk membaca buku bahasa klasik yang tidak berkaitan dengan pencapaian akademik dan kokurikulum mereka .
Secara tuntasnya, karya sastera klasik merupakan aset yang tidak ternilai kepada kebudayaan dan tamadun bangsa kita. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bertanggungjawab untuk membangkitkan minat orang ramai terhadap karya sastera klasik semula, khususnya golongan pelajar. Antaranya, semua karya tersebut boleh diterjemahkan atau diolah kepada animasi supaya pelajar kita dapat menghayati karya kreativiti nenek moyang kita. Seperti peribahasa, “Tak kenal maka tak cinta”. Lantarannya, pelajar akan ditaburkan benih minat dalam sanubari mereka supaya berminat untuk membaca karya bahasa klasik kita untuk lebih memahami bangsa dan budaya kita.

No comments:
Post a Comment