Marcapada, sektor pelancongan telah diiktiraf sebagai antara penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini terbukti apabila Kementerian Pelancongan melaporkan bahawa sebanyak 30 juta pelancong asing telah berkunjung ke Malaysia pada tahun 2011 dan berjaya menjana pendapatan sebanyak RM40 bilion. Bagi tujuan promosi pula, sebanyak RM150 juta telah diperuntukan untuk mempromosikan Malaysia di luar negara. Statistik yang ditunjukkan menunjukkan bahawa negara kita semakin mendapat tempat dalam kalangan warga asing untuk dilawati. Persoalannya, apakah keistimewaan Malaysia yang menyebabkan pelancong asing memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka?
Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia memiliki pelbagai tempat yang menarik yang mampu menggamit kedatangan pelancong asing. Kita berasa bertuah kerana bumi tercinta ini memiliki pantai yang memutih dan indah dengan udaranya yang nyaman seperti Pantai Chenang di Langkawi, Pantai Teluk Chempedak di Pahang dan Pantai Karambunai di Sabah. Bagi pencinta hidupan marin, maka sudah pasti mereka boleh memilih destinasi selaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai antara yang tercantik di dunia seperti Pulau Sipadan di Sabah dan Pulau Perhentian di Terengganu. Selanjutnya, untuk para pencinta alam semula jadi, Malaysia mempunyai hutan rimba yang berusia jutaan tahun, tamsilannya Hutan Belum di Perak, Mensilau-Basin di Sabah dan Hutan Endau-Rompin di Pahang. Sementelahan, Bandar raya Bersejarah Melaka dan Georgetown yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO menjanjikan keterujaan kepada para pelancong yang menyukai tempat-tempat bersejarah dan kehalusan estetika dalam seni bina silam. Pendek kata, “macam-macam ada di Malaysia!”
Keistimewaan Malaysia yang seterusnya ialah masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kamu dan latar belakang mewujudkan pelbagai budaya yang mewakili setiap kaum dari seluruh Asia. Fenomena inilah yang menyebabkan Kementerian Pelancongan telah memilih slogan “Malaysia Truly Asia” atau “Malaysia ialah Asia” sebagai slogan untuk Kempen Pelancongan. Suatu perkara yang tidak dapat disangkal ialah warna-warni kebudayaan rakyat Malaysia dari segi sambutan hari-hari perayaan, pakaian, makanan, kesenian dan pertuturan sudah pasti memberikan pengalaman yang berbeza kepada para pelancong, contohnya sambutan Citrawarna Malaysia dan “Malaysian Kitchen” memberi ruang untuk para pelancong memahami kebudayaan rakyat Malaysia. Tegasnya, para pelancong asing hanya perlu ke Malaysia jika mahu mengenali kebudayaan masyarakat di Asia.
Selain itu, salah satu daya tarikan yang ada di Malaysia ialah kemudahan infrastruktur yang kondusif untuk para pelancong seperti sistem pengangkutan dan tempat penginapan. Bagi memudahkan para pelancong dari luar, syarikat penerbangan nasional, iaitu Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia bersedia untuk membawa pelancong dari serata dunia ke destinasi pelancongan di Malaysia. Di samping itu, jaringan lebuh raya dan rel seperti sistem transit aliran ringan (LRT), komuter, dan monorel menyenangkan mobiliti para pelancong. Manakala, dari segi tempat penginapan terdapat pelbagai kategori berdasarkan bajet masing-masing tersedia, daripada hotel bertaraf lima bintang, motel, inap desa hinggalah asrama yang berkos rendah. Intihanya, kemudahan prasarana yang berkualiti telah memastikan para pelancong selesa berada di negara kita.
Satu lagi elemen yang tidak kurang penting ialah sikap rakyat Malaysia yang ramah dan berbudi bahasa. Keramahan warga tempatan menyebabkan warga asing berasa bahawa kehadiran mereka sangat dialu-alukan di negara ini. Malah, para pelancong juga berasa selamat ketika melancong di sini disebabkan mereka mudah untuk mendapatkan bantuan jika menghadapi sebarang masalah. Sikap rakyat Malaysia itu menyebabkan pelancong asing terdorong untuk berkunjung berkali-kali ke Malaysia. Izharlah bahawa, mahajana ibarat duta kecil yang berperanan untuk menjaga imej negara di mata para pelancong.

Kesimpulannya, Malaysia berpotensi untuk menjadi destinasi wajib kepada warga asing yang mahu berdarmawisata. Oleh yang demikian, kerjasama antara semua pihak sama ada pihak kerajaan, swasta dan orang ramai harus diperkukuh demi kelangsungan industri pelancongan di negara ini kerana jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Tuntasnya, kita berharap kedatangan pelancong asing ke negara kita akan bertambah tahun demi tahun sejajar dengan pelbagai usaha yang dilakukan bagi menarik mereka untuk berkunjung ke sini.
Contoh lain :
No comments:
Post a Comment