Langkah-Langkah Menangani Kegiatan Pelanunan - Karangan Pelajar Stpm

Sumber Rujukan Bagi Membantu Para Pelajar Dalam Penulisan Esei

sdsdfdsf

Langkah-Langkah Menangani Kegiatan Pelanunan


Belakangan ini, seragan lanun ke atas kapal-kapal sering berlaku. Walaupun tentera laut tentera laut bertugas untuk memantau dan memberikan perlindungan kepada kapal-kapal dagang, namun ancaman lanun tetap berlaku. Sungguhpun ancaman laut di perairan Malaysia tidak sebanyak yang berlaku di  perairan Africa, namun kegiatan ini mampu menggangu perdagangan dan mengancam nyawa. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi memastikan perairan negara, iaitu di selat Melaka dan perairan Sabah serta Serawak bebas dari ancaman lanun.

Kejasama dengan negara-negara jiran perlu dilakukan untuk mengatasi ancaman lanun. Pihak ketenteraan negara Malaysia dan negara-negara iran seperti Singapura, Indonesia, Thailand, dan Filipina wajar bekerjasama dengan memantau kawasan perairan dengan lebih kerap. Hal ini akan menyukarkan kegiatan perlanunan di perairan negara Malaysia dan negara-negara jiran. Tindakan yang bersepadu hasil kejasama yang erat antara Malaysia dengan negara-negara jiran dapat memberikan hasil yang baik kerana masalah ancaman lanun tidak hanya ditangani oleh sebuah negara, tetapi dilakukan secara bersama-sama. Contohnya, Forum Serantau ASEAN (ARF) diadakan untuk mengeratkan kerjasama dalam membanteras masalah perlanunan.

Pihak kerajaan harus memperkuat dan memperhebat penguatkuasaan maritim. Hal ini dapat dilakukan dengan penglibatan pelbagai agensi dalam melakukan rondaan serta bertindak dengan segera jika memerima maklumat tentang ancaman lanun. Gabungan tindakan agensi seperti Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Malaysia dan Unit Gempur Marin PDRM Berjaya menumpaskan banyak kes rompakan yang berlaku di perairan Malaysia. Dengan ini, usaha untuk menjadikan peratusan sifar ancaman lanun akan mampu dicapai.

Sistem perundangan di Malaysia dan negara-negara serantau hendaklah dilaksanakan dengan tegas. Hukuman berat yang dikenakan terhadap lanun-lanun yang didapati bersalah dapat menghalang aktiviti perlanunan ini daripada terus berleluasa. Negara-negara jiran yang terlibat harus menunjukkan kesungguhan dan mempamerkan kekuasaan serta kewibawaan mereka dalam menangani masalah perlanunan. Di samping itu, system makhamah yang khas harus ditubuhkan untuk mengendalikan kes-kes perlanunan. Kepantasan dalam menyelesaikan kes-kes yang melibatkan pelanunan ini akan memberi gambaran bahawa ketegasan dan kesungguhan sesebuah Negara dalam membanteras kegiatan pelanunan ini.

Tindakan yang paling efektif dalam usaha menentang perlanuan adalah dengan mengenal pasti modus operandi mereka. Gerak-geri dan kaedah mereka dalam menjalankan aktiviti perlanunan serta kawasan yang menunjukkan aktiviti perlanunan yang tinggi harus dikaji dan dipantau. Dapatan-dapatan kajian ini boleh dikumpul dan diselaraskan oleh agensi-agensi yang terlibat atau dikongsi dengan negara-negara ASEAN. Dengan maklumat yang teperinci tentang kegiatan perlanunan ini, pasukan penguatkuasan mempunyai kelebihan untuk meramal dan menjangkan tindak-tanduk lanun. Langkah proaktif ini sangat berkesan dalam memastikan perairan negara mencatatkan peratusan sifar ancaman lanun.

Selain itu, syarikat atau Negara pemilik kapal juga harus mengambil langkah proaktif, iaitu dengan mengupah petugas keselamatan di atas kapal. Hal ini dapat memastikan keselamatan anak-anak kapal sekiranya berlakunya cubaan merampas kapal tersebut oleh lanun. Selain itu, pemilik kapal juga harus mengupah kapal pengiring untuk memastikan keselamatan anak-anak kapalserta barang-barang yang dibawa. Hal ini dapat mengurangkan risiko kerugiaan akibat rompakan selain mengelakkan risiko kehilangan nyawa.

Aktiviti perlanunan harus dibanteras secara menyeluruh kerana akan menjadikan perairan antarabangsa berbahaya disamping menyebabkan perdagangan antarabangsa terjejas. Pihak berkuasa wajar mengetatkan kawalan serta pemantauan bagi menghalang kapal-kapal dagang daripada menjadi mangsa ancaman lanun. Selain itu, kerjasama antara Negara juga berupaya melumpuhkan kegiatan ini daripada terus berleluasa.

No comments:

Post a Comment