December 2013 - Karangan Pelajar Stpm

Sumber Rujukan Bagi Membantu Para Pelajar Dalam Penulisan Esei

sdsdfdsf

Jenayah Siber

06:55:00 0
Dunia yang semakin maju pada hari ini menuntut bidang terknologi turut berkembang. Internet mejadi suatu kemestian dalam kehidupan masyarakat moden. Pelbagai faedah boleh diperoleh daripada penggunaan internet. Sebagai contoh, pelbagai maklumat, informasi dan berita dapat diperoleh dengan melayari internet. Sesuatu maklumat itu bukan sahaja boleh diperoleh dalam beberapa saat sahaja malah hanya dengan sekali klik. Bagaimanapun, disebalik manfaat internet ini masih terdapat sesetengah pihak menjadikan internet sebagai medan untuk melakukan jenayah. Perbuatan jenayah di alam maya ini dikenali sebagai jenayah siber.
 

Penipuan merupakan salah satu jenayah siber. Penipuan di alam maya berlaku apabila seseorang memalsukan atau menciplak sesuatu maklumat tertentu. Misalnya, terdapat pihak – pihak yang mengambil kesempatan dengan menciplak laman web perbankan. Penipuan siber ini cukup mudah kerana hanya memerlukan internet dan perisian pelayar sahaja. Oleh itu, tidak hairanlah penipuan melalui internet ini boleh mencecah jutaan ringgit nilainya.
 

Selain itu, perjudian secara maya juga merupakan satu jenayah. Tidak seperti perjudian yang biasa, perjudian secara maya menjadi jenayah siber kerana tidak berdaftar. Apabila hal ini terjadi maka risiko hilang wang pertaruhan dan penipuan adalah tinggi.

Kecurian maklumat, lebih- lebih lagi maklumat peribadi boleh terjadi di alam siber. Hal ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada bahaya. Kes kecurian maklumat seperti ini terjadi apabila pengguna internet tidak berhati – hati dengan maklumat peribadi mereka.

Salinan data secara tidak sah kerap berlaku dalam alam maya. Apabila sesuatu itu dilakukan secara tidak sah maka secara automatiknya perbuatan ini diklasifikasikan sebagai jenayah. Kebenaran bagi menyalin data daripada sumber internet adalah perlu dari segi undang – undang. Sekiranya tiada kebenaran yang diperoleh, maka perbuatan ini dianggap sebagai jenayah kerana menyalin data tanpa kebenaran.

Pornografi turut dikelaskan sebagai jenayah siber. Malah, sebarang perbuatan pornografi adalah dilarang dan melaggar undang – undang. Hal ini disebabkan pornografi tidak sesuai dengan masyarakat dan budaya Timur. Pornografi siber berlaku apabila foto – foto yang melampau seperti gambar bogel dimasukkan dalam internet untuk paparan umum. Walaupun pemilik foto meletakkan gambar tersebut dengan kerelaan hati namun tindakan ini tetap dianggap jenayah. Bagaimanapun, dalam sesetengah kes foto – foto pornografi ini dimasukkan tanpa pengetahuan pemiliknya. Oleh itu, timbul pula isu penganiayaan.

Pengintipan berlaku apabila hak peribadi seseorang diceroboh dan perbuatan ini dilakukan tanpa pengetahuan orang yang diintip. Pengintipan siber boleh dilakukan dengan alat berteknologi tinggi. Kebiasaannya, pengintip adalah seorang yang professional dan mahir dengan alat berteknologi canggih seperti kamera litar tertutup.
 

Bagi mendapatkan talian internet atau memasuki sesuatu sistem, kadang – kala seseorang itu sanggup mendapatkan capaian yang tidak sah. Hal ini terjadi apabila seseorang itu cuba memasuki sistem tanpa megikut prosedur yang ditetapkan. Kebiasaannya, system seperti ini telah dipaten dan sah dari segi undang – undang. Oleh itu, sebarang perbuatan mendapatkan capaian secara tidak sah adalah salah di sisi undang – undang.
 

Mengganggu atau merosakkan sesuatu sistem juga merupakan jenyah siber. Hal ini disebabkan perbuatan seumpama ini dianggap penganiayaan atau sabotaj terhadap sistem yang sah. Gangguan atau kerosakan sistem akan menhakibatkan sistem tersebut lumpuh dan seterusnya gagal untuk berfungsi.

Skim cepat kaya juga wujud secara maya. Skim seperti ini sangat licik dalam menipu orang ramai. Tawaran hebat dan menarik menjadi aset untuk menarik perhatian orang ramai. Oleh yang demikian, skim ini dianggap jenayah siber.
 

Penyebaran virus merupakan jenayah siber yang paling terkenal. Hal ini disebabkan penyebaran virus dalam internet kerap berlaku. Pelbagai cara diambil bagi mengatasi masalah ini seperti memperbaharui anti - virus. Bagaimanapun, penyebaran virus juga sentiasa ada yang terbaru.
 

Di samping itu, penggodam juga merupakan jenayah siber yang sangat terkenal dikalangan pengguna internet. Menggodam adalah memasuki sesuatu sistem tanpa melalui kod keselamatan. Perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang mahir dan pakar tentang komputer dan internet kerana bukan mudah untuk menggodam sesuatu sistem. Perbuatan ini boleh menjadi sesuatu yang bahaya kerana penggodam bukan sahaja boleh mengetahui maklumat sulit sesebuah syarikat malah maklumat sulit orang perseorangan.

Kesimpulannya, jenayah siber juga merupakan masalah sosial kerana berkaitan dengan tingkah laku manusia. Bagaimanapun, perbuatan ini sukar dibendung kerana kesukaran mengenal pasti penjenayahnya. Sungguhpun begitu, usaha kerajaan dalam mengekang perbuatan ini dapat dilihat dengan penguatkuasaan undang – undang seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984. 

Contoh lain : Kesan-Kesan Jenayah Siber

Jenayah Di Kalangan Remaja

06:52:00 2
Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah di kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini semakin berleluasa.lsu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun. persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar dan remaja dan apakah masalah ini dapat diatasi?

Jika dikaji begitu banyak punca berlakunya kes-kes jenayah di kalangan remaja. Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh. Natijahnya mereka tergamak melakukan jenayah berat seperti merogol, membunuh, menyamun, dan peras ugut.

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar-pelajar dan remaja-remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempaMempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakansudah pastimereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remaja-remaja mudah terikut perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya.

Selain itu, media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah di kalangan remaja.Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini. Jika tidak dimanfaatkan dengan betul. Contohnya, menyalahgunakan Internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka untuk melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.

Namun begitu, segala jenayah di atas dapat dibendung jika perhatian dan pendekatan yang lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut. Contohnya, ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana segalanya bermula daripada rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan buruk.

Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah ter- pengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah di kalangan remaja.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahau. pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Ibu bapa mereka juga harus ke sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius.

Kuat kuasa undang-undang hendaklah diperketatkan. Remaja bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori bagi memberi pengajaran kepada remaja-remaja lain.

Kesimpulannya, pelajar-pelajar haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen, khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi pemangkin negara. Sekali gus, perkara sedemkian dapat memberi pengajaran kepada mereka. Golongan tersebut juga perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.

Kesan-Kesan Jenayah Siber

06:49:00 1
Kehidupan yang dilingkari dengan teknologi canggih tanpa sempadan telah melahirkan satu kelompok manusia yang hidup serba mudah dan ringkas. Oleh demikian, jenayah juga mula bertukar wajah seiring dan sejalan dengan arus modenisasi. Jenayah siber adalah antara penyumbang tertinggi dalam kes-kes jenayah di negara-negara yang maju seperti Amerika Syarikat,China,Jepun dan Korea selain itu negara yang sedang membangun seperti Malaysia juga turut menerima ancaman daripada jenyah siber. 

Antara faktor utama penyumbang jenayah siber dalam masyarakat ialah kurangnya maklumat dalam penggunaan teknologi dengan selamat. Dalam teknologi komunikasi dan maklumat;ICT, masyarakat kurang didedahkan dalam melindungi hak mereka sebagai pengguna. Kebanyakannya menggunakan teknologi atas desakan trend atau tidak mahu dilabelkan ketinggalan zaman. Oleh demikian, pengguna sering alpa dalam mengikuti arus globalisasi. Misalnya apabila kemunculan laman sosial bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan, menyebabkan ramai berlumba-lumba menyertai laman sosial tanpa mengetahui risiko dan kesan sekiranya tidak prihatin dalam penggunaannya. Facebook,Twitter,My Space, Skype dan Yahoo Masengger antara laman sosial yang mendapat sambutan hangat daripada pengguna. Ramai pengguna cuai dalam penggunaan laman sosial iaitu mempamerkan butir-butir peribadi yang penting seperti nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Oleh demikian individu yang tidak bertanggungjawab akan “mencuri” atau “meniru identiti” pengguna untuk keuntungan mereka atau menjatuhkan individu lain. Merujuk kepada situasi ini, maka tidak hairanlah jenayah siber semakin meluas dalam kalangan masyarakat.
 

Selain itu, jenayah siber juga didorong oleh kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini yang menjanjikan wadah penyebaran makumat yang cepat dan mudah diakses. Oleh kerana perjalanan maklumat di dunia siber tidak diselia atau dikawal oleh mana-mana organisasi mahupun individu, berjuta-juta laman web telah dihidupkan.Menurut Cybersecurity Malaysia, peningkatan kadar jenayah siber merupakan fenomena biasa berikutan perkembangan mendadak pengguna Internet setiap tahun.
 

Di samping itu, graf peningkatan jenayah siber bertambah apabila penggunaan perbankan online secara meluas diperkenalkan kepada pengguna. Aplikasi pembayaran melalui atas talian atau online telah mendapat tempat dalam kalangan pihak perbankan,pentadbir dan laman sesawang untuk membeli-belah atas talian atau shopping online. Mudah, menjimatkan masa dan tenaga juga fleksibel menyebabkan ramai pengguna beralih arah menggunakan aplikasi ini. Tiada lagi ramai beratur membayar bil di bank mahupun di pejabat pos malahan membeli-belah atas talian juga menjadi ikutan pengguna terutamanya golongan remaja.Antara laman web yang menawarkan aplikasi ini ialah Amazon.com yang memasarkan buku-buku, pengiklanan produk-produk terbaru dan tawaran promosi melalui tempahan dan pembayaran, yang kesemuanya diurus secara online.Begitu juga seperti syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia seperti Airasia, Fireflyz dan Malaysia Airline yang menjalankan urusniaga seperti tempahan tiket dan pembayaran online.
 

Terdapat pelbagai kesan yang menyumbang kepada jenayah siber. aplikasi atas talian akan memberi impak buruk kepada penguna jika tiada sekuriti atau keselamatan dalam proses transaksi pembayaran online. Laman web yang tidak rasmi dalam proses berbankan online akan memudaratkan pengguna iaitu tanpa sedar,mereka sebenarnya telah memberi kata laluan atau password kepada penjenayah siber. Hal ini akan memudahkan penjenayah siber untuk menggodam atau mencuri informasi perbankan pengguna bertujuan mencuri atau memindahkan wang pengguna kepada akaun penjenayah siber. Selain pengguna, organisasi atau laman sesawang yang mengunakan aplikasi online ini juga akan menerima ancaman dan gangguan daripada penjenayah siber dengan menggodam maklumat sulit organisasi dengan niat untuk membantutkan operasi organisasi tersebut. Jenayah siber seperti ini pernah berlaku kepada perbankan Maybank pada tahun 2007 apabila pengguna Maybank telah menggunakan laman web tidak rasmi dalam proses transaksi pemindahan wang dalam akaun. Malang sekali, pengguna tersebut kehilangan sejumlah wang apabila maklumat transaksi perbankan diakses mudah oleh penggodam. Kes ini telah pun membuka banyak mata pihak organisasi dan pengguna dalam berhati-hati mengunakan aplikasi perbankan, pemindahan atau pembayaran wang secara online.

Di samping itu, Pelbagai maklumat tidak kira sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Hanya satu klik sahaja, pengguna bebas dalam menyampaikan dan menerima maklumat tanpa ditapis kebenarannya dan hal ini akan memberi kemudahan kepada jenayah siber. Contonhya dalam kes penyebaran maklumat palsu mengenai kematian Ketua Polis Diraja Malaysia,Tan Sri Ismail Omar oleh pihak tidak bertanggungjawab. Maklumat palsu ini telah memberi kekeliruan kepada masyarakat dan pihak pentadbir dalam dan luar negara. Maka daripada kes ini, jelaslah penyampaian dan penerimaan maklumat dan informasi tanpa ditapis akan menyumbang kepada gejala jenayah siber.
 

Secara tuntasnya, pelbagai pihak haruslah mengembeleng tenaga dalam mengatasi faktor-faktor jenayah siber. Usaha dan idea berterusan dalam mengekang jenayah siber oleh setiap lapisan masyarakat dan pihak kerajaan serta pihak berwajib amat perlu menangani gelaja ini agar tidak menjadi duri dalam daging yang akan memberi impak negatif dalam kehidupan seharian.

Contoh lain : Jenayah Siber

Gangsterisme

23:56:00 0

Difinisi 
Gangsterisme ialah tingkah laku yang melanggar peraturan dan undang-undang atau berkelakuan tidak boleh diterima oleh masyarakat. Gangsterisme juga ialah sekumpulan orang yang melanggar moral masyarakat.mereka juga akan melakukan kelakuan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat.golongan ini juga dikenali kumpulan yang bertingkah laku dividen. Manakala golongan yang masih bersekolah dikenali oleh dilinkuen.kumpulan gengsterisme juga dikenali sebagai samseng, perogol, kaki ponteng dan lain-lain. Antara kes keganasan yang berlaku ialah mencuri, memeras ugut barang kemasatau wang, berbahasa kasardan menakut-nakutkan serta memukul pelajar.

Faktor 
  1. Rakan sebaya merupakan orang yang paling kerap dirujuk oleh pelajar sebagai paling berpengaruguh berlakunya masalah gangsterisme.
  2. Golongan remaja ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat meraka dapat mamperoleh keseronokan dalam kumpulan mereka.
  3. Akibat pengaruh keluarga.
  4. Pengaruh media massa.
  5. Individu itu sendiri untuk menentukan etiologi gangsterisme iaitu esteem kendiri yang rendah.
  6. Kawasan persekitaran dan tempat kediaman yang tidak kondusif.
  7. Pihak ibubapa gagal memberikan bimbingan dan perhatian.
  8. Kalemahan peraturan sekolah.
Kesan
  1. Kewujudan kumpulan-kumpulan gangster di sekolah akan memberi impak dan pengaruh negative kepada pelajar.
  2. Sekolah akan menjadi pusat aktiviti Gangsterisme
  3. Lain-lain
Langkah
  1. Hukuman rotan perlu dilakukan secara bijak setelah usaha-usaha lain sebelumnya telah dilakukan dan diperbaiki kelemahannya.
  2. Mesyuarat PIBG yang menghimpunkan guru-guru dan ibubapa seharusnya tidak sekadar membentangkan laporan kewangan dan aktiviti tahunan sekolah pencapaian akademik dan kejayaan sukan semata-mata,tetapi menjadi medan membincangkan permasalahan pelajar.
  3. Komunikasi yang baik dan didikan sejak kecil lagi oleh ibubapa mampu memberi anak-anak mereka daripada terjebak ke dalam mana-mana gejala tidak sihat bukan sahaja gengsterisme.
  4. Kempen-kempen pencegah jenayah juga boleh diadakan di setiap sekolah selaras dengan penubuhan Kelab Pencegah Jenayah Malaysia.contohnya tayangan vedio,pameran  beransurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenatah,kesan dan hukuman kepada pesalah.
  5. Ibubapa harus mengetahui aktiviti yang disertai oleh anak-anak mereka danmengenali rakan-rakan anak mereka.
  6. Pendedahan terhadap ilmu agama perlu dititikberatkan agar anak-anak menyedari tindakan yang dilakukan sama ada betul atau tidak.

Kesan-Kesan Gangsterisme

23:55:00 0
 Kesan-kesan

1. Membawa kesan negatif kepada sekolah 

  • Kewujudan kumpulan-kumpulan gangster di sekolah memberi impak dan pengaruh negatif kepada pata pelajar.
  • Ahli-ahli kumpulan gangster sering melakukan kegiatan-kegiatan ganas di sekolah.
  • Sekiranya ahli geng dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang amat kuat di sekolah ia bolahmengganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah.
  • Ini seterusnya memberi kesan negatif kepada pelajar-pelajar, pihak pengurusan, keselamnatansekolah, dan juga proses penyampaian pendidikan amnya.
2. Mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran
  • Salah laku pelajar memberi impak secara langsung ke atas kualiti pendidikan yang diberikan disekolah.
  • Kumpulan-kumpulan ini mencurahkan perasaan benci dan tidak puas hati dengan mengganggu prosesP&P .
  • Berasaakan perkembangan ini, aktiviti gengsterisme yang wujud di sekolah-sekolah --- jika tidak dikawal akan menimbulkan gangguan terhadap P&P di dalam dan di luar sekolah. 
  • Unsur-unsur gengsterisme itu juga memesongkan kumpulan pelajar daripada terlibat secara aktif dan bersungguh-sungguh dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Kegagalan menangani secara segera dan berkesan bolah mengagalkan usaha mencapai matlamat pendidikan negara.
3. Mewujudkan budaya takut
  • Kehadiran geng di sekolah menyebabkan pelajar-pelajar di sekolah berkenaan menjadi 2 kali gandalebih takut.
  • Para pelajar takut menjadi mangsa keganasan.
  • Iklim di sekolah menjadi tidak selamat dan pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar-pelajar sering berada dalam keadaan ketakutan kerana ada yang tidak bersalah menjadi mengsa ganas geng.
  • Pelajar-pelajar hilang semangat untuk belajar dan mengajar bagi guru-guru.
  • Masalah banyak pelajar yang tidak bersalah menjadi mangsa ugutan secara langsung atau tidak langsung akan mengganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah.
4. Sekolah menjadi pusat aktiviti geng
  • Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan gangster di luar sekolah malas masuk kekawasan sekolah.
  • Sekolah dijadikan pusat aktiviti geng yang penting untuk pengambilan ahli-ahlibaru dan untuk, tujuansosial yang lain.
  • Majoriti geng ini ada di sekolah kerana sekolah merupakan satu tempat di amna mereka dapat berkumpul dan membincangkan aktiviti-aktiviti merekaMerekajuga memberikan perlindungan kepada ahlinya dan menakut-nakutkan pelajar lain mengambilahli-ahli baru dan melibatkan diri dalam perlakuan-perlakuan jenayah
5. Vandalisme dan merosakkan harta benda sekolah
  • Jenis vandalisme meninggalkan kesan buruk dan bahagian-bahagian sekolah, harta guru dan pelajar lain dengan sengaja dirosakkan.
  • Ahli-ahli geng juga melakukan contengan grafik pada harta sekolah.
  • Grafik-grafik tersebut sukar dipadam dan memerlukan pembelanjaan untuk membersihkan.
  • Terdapat kejadian di mana bangunan sekolah dibakar oleh pelajar-pelajar yang dikenakan tindakandisiplin oleh pihak sekolah.

Harta Intelek

18:22:00 0
Pembangunan harta intelek di dalam sesebuah negara akan meningkatkan lagi tahap inovasi,ekonomi dan membentuk sebuah negara berasaskan ekonomi pengetahuan.Dalam pada masa yang sama juga,kekuatan undang-undang harta intelek dalam sesebuah negara juga dikenal pasti sebagai faktor penting yang mempengaruhi pelaburan dari luar terutamanya untuk bidang perniagaan yang berasaskan pengetahuan.Perkara ini membuktikan bahawa harta intelek banyak memberi kepentingan kepada negara.

       Kepentingan bidang harta intelek ini dapat menyentuh dan mempengaruhi kehidupan di setiap lapisan masyarakat.Sebagai contohnya, karya-karya berhakcipta seperti muzik dan filem yang menjadi medium hiburan kita, rekabentuk perindustrian yang merubah dunia kita, dan cap dagangan yang memberi keyakinan tentang kualiti produk dan perkhidmatan pasaran kita.Tambahan lagi, paten-paten yang ada mewujudkan rekacipta dan teknologi baru untuk keselesaan kehidupan kita. Oleh itu, bidang harta intelek dapat memberikan impak kepada kehidupan masyarakat di negara kita.

       Selain itu, harta intelek merupakan hasil ciptaan daya fikiran manusia yang membawa kemajuan dan kesenangan kepada masyarakat umum. Hasil ciptaan dan penyelidikan yang praktikal dan berkesan dapat meningkatkan mutu dan mempelbagaikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.Justeru itu, langkah-langkah wajar perlu diambil untuk memberi perlindungan kepada ciptaan dan paten yang terhasil untuk menggalakkan ciptaan-ciptaan baru yang berterusan .Oleh itu, penguatkuasaan yang tegas perlu diambil untuk melindungi ciptaan-ciptaan tersebut daripada dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

       Dalam pada masa yang sama, kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia, sama ada dalam sektor awam mahupun swasta perlu dipertingkatkan lagi.Oleh itu,perlindungan serta pembangunan harta intelek yang baik merupakan pemangkin untuk memperkukuhkan kegiatan (R&D) di dalam negara.Oleh itu, pihak kerajaan perlu memastikan pihak yang berkenaan dapat memanfaatkan pelaburan (R&D) mereka dan meraih pulangan yang memuaskan. Dengan adanya lanskap harta intelek yang stabil dan kukuh dapat menarik lebih ramai pelabur asing ke Malaysia serta memberi ruang untuk "Technology Transfer" yang lebih cepat dan berkesan. Lanskap harta intelek yang stabil juga dapat menggalakkan lebih banyak transaksi perniagaan berlaku dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan pembangunan dan penggunaan harta intelek. Oleh itu, kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu dipergiatkan lagi supaya negara akan mendapat manfaat yang lebih banyak daripada perlindungan harta intelek.

       Pada masa yang sama, sememangnya harta intelek dapat menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Di peringkat antarabangsa,terdapat beberapa cap dagangan ternama yang melambangkan kemajuan sesebuah negara. Jika disebut sesuatu jenama, maka ia terus sahaja dikaitkan dengan negara-negara tertentu. Sebagai contohnya, jenama Nokia yang mengharumkan Negara Finland, jenama Samsung dikaitkan dengan Republik Korea, sementara Sony, Matsushita, dan Toyota di antara jenama lain yang membanggakan Negara Jepun di peringkat antarabangsa. Di Malaysia seperti PETRONAS dan SELANGOR PEWTER telah memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia. Oleh itu, kita perlu yakin bahawa pembangunan harta intelek di Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk menghasilkan jenama tempatan yang mampu bersaing di arena antarabangsa.

      Justeru, semua lapisan masyarakat perlulah bijak dalam menjaga dan melindungi harta intelek negara supaya harta intelek dapat dijadikan sebagai sumber kebanggaan dan warisan negara di masa akan datang. Oleh itu, peranan dan perhatian pihak yang terlibat amat diperlukan pada masa kini dan masa-masa yang akan datang bagi memastikan kewujudan harta intelek tidak pupus di telan zaman