November 2013 - Karangan Pelajar Stpm

Sumber Rujukan Bagi Membantu Para Pelajar Dalam Penulisan Esei

sdsdfdsf

Faktor-Faktor Berlakunya Bencana Alam

03:57:00 0
Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Berita-berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di dada-dada akhbar dan dikongsi bersama-sama oleh manusia sejagat. Kesannya, bencana alam ini telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh, banjir kilat, jerebu, tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi yang sering melanda dunia. Malangnya, tiada jalan penyelesaian untuk menghalang bencana alam ini daripada berlaku. Hal ini demikian kerana, sudah menjadi lumrah alam iaitu apabila tiba saat dan ketikanya, bencana alam ini pasti akan terjadi. Tiada satu kuasapun yang mampu menangani kuasa alam, namun kejadian bencana alam yang berpunca daripada sikap manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agar nyawa manusia tiddak terancam.

      Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi negara, namun antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam. Individu-individu yang terbabit dalam aktiviti pembalakan seharusnya memikirkan kesannya sebelum menebang pokok kerana, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kawasan hutan yang telah ditebang dan jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, biasanya akan terdedah kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda. Oleh itu, langkah yang bijaksana dan efektif perlulah dijalankan untuk menangani masalah ini daripada berlaku.

      Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu kita untuk menyelamatkan nyawa manusia sejagat yang tidak berdosa.

      Seterusnya, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab iaitu dengan membuang sampah ke dalam longkang dan sungai dengan sesuka hati. Secara sedar atau tidak, golongan ini sebenarnya menganiayai masyarakat seperti kata pepatah, “kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya”. Hal ini demikian kerana, sistem perparitan akan tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan longkang. Masalah sistem perparitan yang tersumbat ini pula akan menyebabkan banjir kilat berlaku. Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa. Oleh itu, pihak berkuasa haruslah mengkaji masalah ini hingga ke akar umbinya.

      Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Sebagai contohnya, sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu. Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Mereka tidak membuat sistem perparitan yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh. Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh.

       Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu dengan mengamalkan peribahasa “seperti aur dengan tebing” untuk menangani masalah ini. Janganlah kita mengamalkan peribahasa “seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”. Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata. Kita harus sedar bahawa, sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepada kita sebagai amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh, jerebu, banjir dan kemarau? Oleh hal yang demikian, tepuklah dada, tanyalah selera, sebelum bertindak.

Langkah-Langkah Mengatasi Jenayah

03:52:00 0
Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah yang banyak menimbulkan masalah dalam kehidupan masa kini. Vandalisme, gengsterisme dan buli merupakan jenayah yang acapkali didengar melalui media elektronik, media cetak mahupaun percakapan orang ramai. Gejala ini sememangnya menimbulkan pelbagai masalah negatif dan secara langsung mempengaruhi jiwa remaja yang mudah memberontak dan ingin mencuba sesuatu yang biasa mencabar. Adakah gejala ini merupakan satu kebiasaan dan tidak perlu dibanteras? Adakah gejala ini menjadi kebanggaan para remaja kini yang mampu mewujudkan pelbagai kumpulan berhaluan kiri sehinggakan tiada sebarang tindakan diambil? Mungkinkah ini salah satu cara ppergaulan yang diinginkan untuk memupuk semangat perpaduan? Tuntasnya, gejala jenayah ini sememangnya perlu dibanteras dengan segera agar tidak berleluasa seterusnya pelbagai tindakan perlu diambil untuk melupuskan gejala ini daripada kehidupan seharian. 

Usaha yang paling utama dan efisien adalah cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal mendidk anak agar tidak terjerumus dalam perkara social seperti gejala jenayah ini. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang berkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari perkara tersebut sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah ibu bapa kelam kabut untuk mengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Seterusnya ibu bapa pula tidak seharusnya bersikap lepas tangan dalam mendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungjawab kepada pembantu rumah. Jadi ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat berlindung dan tempat mengadu masalah.
 

Selain itu, antara inisiatif yang dapat kita ambil sebagai langkah mencegah jenayah yang merupakan isu terpenting di negara ini ialah dengan mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini merangkumi suatu skop yang sangat besar untuk dibincangkan. Pelbagai langkah telah dilaksanakan dalam proses mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Antaranya ialah dengan pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, Rukun Tetangga, Polis dan sebagainya dalam usaha memastikan kawasan tersebur bebas daripada kes-kes kecurian, rompakan, rogol, ragut dan sebagainya. Dengan pengawalan daripada pasukan-pasukan tersebut, sekurang-kurangnya dapat menakutkan si penjenayah dari melakukan akiviti mereka dan seterusnya mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Bantuan daripada alat-alat teknologi pada zaman kini dapat membantu kita menyempurnakan konsep bandar dan pekan selamat. Kamera-kamera litar tertutup boleh dipasang sebagai langkah berjaga-jaga. Medium ini dapat menjadi bukti apabila sesuatu kes jenayah berlaku di kawasan tersebut. Sekiranya konsep bandar dan pekan selamat diwujudkan, nescaya terdetik rasa was-was kepada si penjenayah daripada melakukan aktivitinya di kawasan tersebut. Dengan cara ini, konsep bandar dan pekan selamat jelas sekali merupakan usaha yang efektif bagi mencegah jenayah.
 

Pengenalan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara untuk membanteras kes jenayah. Mata pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini, seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Kesimpulannya, kes-kes jenayah boleh ditangani dengan adanya pengenalan semula mata pelajaran khas yang boleh dipelajari oleh para remaja.
 

Selain itu, kerajaan juga boleh memperkasakan ekonomi negara bagi meningkatkan peluang pekerjaan. Bagaimana isu ini dikatakan menjadi usaha untuk mencegah jenayah yang sedang kita bincangkan ? Dengan usaha kerajaan ini, peluang pekerjaan untuk pemuda-pemudi tiang negara dapat ditingkatkan. Perkara ini dikatakan dapat mencegah jenayah kerana antara faktor seseorang melibatkan diri dalam kancah jenayah ialah kerana gagal mendapatkan pekerjaan bagi menampung hidup. Oleh itu, mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam jenayah seperti kongsi gelap, pengedaran dadah, perompak, dan sebagainya. Sekiranya mereka memiliki satu pekerjaan yang tetap, sekurang-kurangnya mereka sudah memiliki penggantungan untuk menampung hidup selain melalui cara yang diharamkan agama mahupun negara. Secara tuntasnya, antara usaha yang boleh dilakukan kerajaan bagi mencegah jenayah di Malaysia adalah dengan memperkasakan bidang ekonomi bagi meningkatkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
 

Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap sekolah. Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana pelajar pada tahap ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kenpem kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu, kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.
 

Penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah merupakan antara modus operandi untuk menangani masalah jenayah yang semakin berleluasa ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) merupakan antara kelab bersifat antijenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelab-kelab seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan menggalakkan pelajar untuk senantiasa melakukan perkara-perkara yang berunsurkan sifat mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kelab bersifat antijenayah sosial dapat didefinisikan sebagai pertubuhan yang mencegah sebarang penjenayahan daripada berlaku dan menjadi lebih parah. Hal ini bersesuaian dengan pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Kegiatan-kegiatan jenayah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja seperti gangsterisme, vandalisme dan buli didapati semakin merosot sejurus selepaspenubuhan kelab-kalab bersifat antijenayah sosial di sekolah. Oleh itu, kelab-kelab bersifat antijenayah sosial haruslah lebih giat dilaksanakan bagi membanteras gejala jenayah di negara ini.
 

Natijahnya, terdapat pelbagai usaha yag boleh dilakukan bagi membendung jenaah sosial di negara ini. Semua pihak haruslah berganding bahu membanteras kegiatan jenayah agar aktiviti negatif ini tidak berlarutan dan bertamabh serius lagi. Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Johor (JPJ) ada mengadakan kawalan jalan raya terutamanya pada waktu malam untuk mengawasi keadaan jalan raya supaya tiada sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang berlaku seperti lumba haram. Tindakan JPJ ini sememangnya wajar dilakukan agar kegiatan jenayah lain dapat dielakkan. Lama-kelamaan, mat-mat rempit enggan berlumba secara haram kerana takut akan tindakan yang bakal diambil oleh pihak berkuasa. Oleh hal yang sedemikian, jenayah-jenayah sosial dapat dikurangkan daripada terus merebak di Malaysia.

Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam

06:34:00 0
Pencemaran alam merupakan isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat sejak belakangan ini. Setiap hari terdapat laporan media tentang gejala pencemaran alam. Hal ini telah menyebabkan pelbagai pihak berasa bimbang akan gejala tersebut. Pihak kerajaan dengan pertubuhan bukan kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan alam sekitar terpelihara. Walau bagaimanapun, gejala pencemaran alam masih lagi berleluasa seolah-olah tidak ada penghujungnya. Jika ditinjau dengan mendalam, terdapat beberapa langkah yang konkrit untuk menangani gejala ini.

Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam. Selain itu tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti melepaskan batuk di tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak serik dengan hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak begitu berat. Malahan ada yang sanggup membayar denda kerana mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu denda tersebut hanya sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang dikenakan. Oleh itu pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap pihak yang melakukan pencemaran.

Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa nanti. Langkah ini akan mengatasi gejala pencemaran alam pada masa akan datang, bak kata pepatah melentur bulu biarlah dari rebungnya. Jadi, pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan satu langkah untuk mengatasi pencemaran alam.

Langkah untuk mengatasi pencemaran alam seterusnya ialah pihak kerajaan perlu melaksanakan kempen dengan lebih berkesan. Kempen merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat tentang pelbagai perkara. Pelbagai media massa dapat digunakan untuk menjadi wadah penyampaian maklumat melalui kempen. Contohnya, televisyen merupakan media yang paling dekat dengan masyarakat. Pada umumnya setiap rumah di negara kita mempunyai set televisyen. Oleh itu televisyen wajar digunakan sebaik-baiknya untuk menyalurkan maklumat tentang langkah-langkah mengatasi pencemaran alam. Media-media lain seperti surat khabar dan radio juga wajar digunakan sepenuhnya untuk menjadi wadah kempen penjagaan alam sekitar. Selama ini kempen yang dilaksanakan tidak begitu berkesan. Pihak yang terbabit hanya melaksanakan kempen tidak ubah seperti pahat dengan penukul. Adakalannya kempen yang dilaksanakan bersifat aktiviti bermusim. Oleh yang demikian, kempen yang lebih berkesan dan dijalankan dengan bersungguh-sungguh dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dikenal pasti dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar jika dilaksanakan dengan penuh iltizam. Dalam hal ini, semua pihak perlulah bekerjasama untuk memastikan langkah-langkah yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jika alam sekitar terus terabai, generasi akan datang pasti menghadapi masalah alam sekitar yang lebih buruk. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak menyelesaikan masalah ini diharapkan dapat mengatasi gejala pencemaran alam dengan lebih berkesan kerana kelestarian alam tanggungjawab kita semua.

Peranan Remaja untuk Memupuk Semangat Perpaduan

06:31:00 1
Perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara lebih-lebih lagi negara berbilang kaum.  Hal ini demikian kerana perpaduan merupakan asas pembentukan sebuah negara yang progresif dan maju. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bulat air kerana pembentung, bulan manusia kerana muafakat.  Remaja, sebagai pewaris negara ini dan mereka memainkan peranan penting untuk memupuk semangat perpaduan. Mereka hendaklah memikul tanggungjawab besar ini kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Peranan pertama yang perlu dipegang oleh remaja ialah mereka sendiri menjadi suri teladan kepada rakan-rakan sebaya.  Dalam hubungan ini setiap remaja mestilah mengamalkan dan menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakan sebaya.  Remaja mesti menunjukkan sikap saling menghormati rakan-rakan yang berbeza latar belakang budaya dan agama.  Contohnya, remaja perlu menghormati amalan dan anutan agama rakan-rakan. Di samping itu remaja perlu mengelakkan diri daripada membangkitkan isu-isu yang sensitif dan dapat menaikkan kemarahan rakan-rakan dari bangsa dan agama yang lain.  Setiap perselisihan pendapat hendaklah diatasi secara bijaksana dan berhemah, bak kata pepatah seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak.  Oleh yang demikian, remaja perlu menjadi suri teladan untuk memupuk semangat perpaduan.

Selain itu, remaja juga hendaklah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara.  Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat dihindarkan.  Sebagai contoh. tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.  Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama.  Oleh itu remaja hari ini hendaklah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius.  Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.  Jadi, remaja mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu.

Peranan yang berikutnya ialah remaja mestilah mengasimilasikan budaya pelbagai kaum dalam kehidupan seharian.  Malaysia sangat unik kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum.  Contohnya, kaum Melayu, Cina, dan India merupakan tiga kaum yang dominan di negara ini.  Selain itu, rakyat negara ini juga terdiri daripada etnik peribumi yang tidak kurang pentingnya seperti Iban, Kadazan, Dusun, Orang Asli, Penan, dan termasuk juga golongan minoriti seperti Portugis, Siam, dan seumpananya.  Remaja mestilah sanggup untuk menerima dan mengamalkan budaya yang sesuai dengan kehidupan.  Misalnya daripada perayaan, rakyat Malaysia meraikan pelbagai perayaan yang tersendiri. Untuk merasai kemeriahannya, remaja mestilah turut merayakan perayaan-perayaan yang disambut oleh rakan mereka dengan hati yang ikhlas, bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Jelaslah, asimilasi budaya dapat mewujudkan semangat perpaduan yang ampuh dalam kalangan remaja di negara ini.

Selanjutnya, remaja hendaklah mengelakkan diri daripada mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme.  Sikap etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompok etnik sendiri.  Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan dengan kaum-kaum lagi di negara ini.  Remaja perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas ke arah pembentukan sebuah negara yang progresif.  Remaja perlu menerima segala perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka.  Contohnya, remaja tidak harus menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Mereka hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.  Jika semangat ini dapat diamalkan oleh setiap remaja, nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang malapetaka akibat perpaduan yang rapuh.

Kesimpulannya, remaja bertanggungjawab untuk memainkan peranan penting ke arah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda.  Semua pihak hendaklah bersinergi umpama aur dengan tebing untuk merealisasikan wawasan dan gagasan besar negara.  Kita tidak mahu generasi mudah hari ini mengabaikan peranan mereka  untuk memupuk perpaduan dan menghancurkan negara yang bakal diwarisi kelak.  Iltizam dan kesungguhan remaja dalam memupuk semangat perpaduan adalah dituntut demi mewujudkan semua negara yang bersatu padu, aman, maju, dan berdaya saing di peringkat global.  Hal ini tidak mustahil untuk dilakukan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Contoh lain : 
  1. Perpaduan kaum di Malaysia 
  2. Peranan Remaja untuk Memupuk Semangat Perpaduan
  3. Perpaduan 
  4. Usaha-Usaha Mewujudkan Perpaduan Kaum

Kepentingan Program Latihan Khidmat Negara

06:20:00 0
Program Latihan Khidmat Negara telah diperkenalkan dan dilaksanakan bebepada tahun yang lalu. Pelaksanaan program ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Kerajaan telah berusaha untuk meyakinkan masyarakat bahawa program ini mempunyai banyak kebaikan, khususnya kepada golongan remaja dan umumnya kepada negara. Namun begitu, sehingga kini banyak pihak belum mendapat penjelasan yang sebenar akan kebaikan-kebaikan yang terhasil daripada pelaksanaan program tersebut. Sesungguh, jika dihalusi secara mendalam Program Latihan Khidmat Negara menjanjikan pelbagai manfaat kepada rakyat Malaysia.

      Program Latihan Khidmat Negara bakal melahirkan warga negara yang cinta akan tanah air. Selama ini warga negara ini, khususnya golongan remaja tidak memberi perhatian terhadap perkara ini. Pada anggapan mereka negara ini ditadbir oleh kerajaan tanpa melibatkan rakyat jelata. Selain itu golongan muda hari sudah pudar semangat cinta akan air kerana kemewahan hidup, keamanan, dan kemudahan yang cukup, telah melalaikan mereka. Oleh itu semangat cinta akan tanah air perlu diterapkan dengan kaedah yang lebih berkesan supaya jiwa golongan remaja kembali diisi dengan semangat patriotisme yang tinggi, bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Jadi, program ini merupakan satu kaedah yang sesuai untuk melahirkan warga negara yang cinta akan tanah air.

      Selain itu Program Latihan Khidmat Negara juga akan menerapkan semangat kepimpinan dalam kalangan remaja lepasan sekolah. Semangat kepimpinan sangat penting kerana pemimpin yang baik bakal mempengaruhi kestabilan sesebuah negara. Kepemimpinan yang baik juga dapat menjamin hasrat negara untuk menjadi sebuah negara yang maju, di samping mengekalkan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Golongan muda perlu didedahkan dengan konsep kepimpinan yang dapat menjamin kelangsungan kemerdekaan sesebuah negara. Golongan muda ialah generasi yang bakal mewarisi pentadbiran negara suatu hari nanti. Justeru, mereka perlu memiliki semangat kepimpinan bagi memenuhi keperluan kepimpinan negara pada masa hadapan.

      Satu lagi kebaikan program ini ialah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan remaja pelbagai kaum. Seperti yang diketahui umum, perpaduan merupakan satu aset penting ke arah kemajuan negara. Perpaduan bakal menentukan iklim politik, ekonomi, sosial, dan sebagainya berada pada tahap yang selesa. Tanpa perpaduan, negara ini akan kucar-kacir dan bakal mencetuskan kekacauan. Pihak luar sudah pasti mengambil peluang daripada ketidakstabilan negara kerana bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Isu perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti negara ini. Remaja pelbagai kaum perlu disedarkan peranan masing-masing dalam memelihara semangat perpaduan agar negara terus aman. Oleh itu, program yang membolehkan remaja pelbagai kaum bergaul sesama sendiri dilaksanakan agar semangat perpaduan terus mekar dan menjadi sebahagian daripada amalan hidup mereka.

      Program Latihan Khidmat Negara akan membentuk disiplin dalam kalangan peserta iaitu golongan remaja. Program ini dikendalikan dalam bentuk separa ketenteraan serta menerapkan sebahagian cara hidup seorang anggota pasukan keselamatan. Disiplin yang agak ketat bakal membentuk masyarakat yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan kepada mereka, bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah bentuknya. Masyarakat yang memiliki disiplin yang baik, bakal mengurangkan masalah kerajaan dalam menangani gejala sosial, seperti penagihan dadah, gangsterisme, buli, peras ugut, dan sebagainya. Golongan remaja perlu diterapkan dengan disiplin yang baik kerana mereka sering terdedah kepada unsur-unsur atau pengaruh-pengaruh yang tidak sihat, Jadi, program berkenaan dapat membentuk remaja dengan disiplin yang utuh.

      Program Latihan Khidmat Negara juga akan mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja lepasan sekolah. Gejala sosial berlaku apabila golongan remaja menghabiskan waktu dengan cara melepak bersama-sama rakan di tempat-tempat awam. Remaja lepasan sekolah biasanya mempunyai masa terluang yang banyak sementara menanti peluang melanjutkan pelajaran atau memenuhi pasaran kerja. Oleh yang demikian, mereka memerlukan aktiviti-aktiviti yang membolehkan masa diisi dengan berfaedah sebelum mereka terjerumus ke kancah gejala sosial yang lebih parah, atau sebelum kudis menjadi tokak. Dengan adanya program ini, golongan remaja yang terpilih akan ditempatkan di kem latihan sepenuh masa selama tiga bulan. Oleh itu pergerakan mereka akan terhad di sekitar kawasan yang dikhususkan kepada mereka. Mereka tidak dibenarkan keluar dan menghabiskan masa di luar tanpa tujuan. Hasilnya, gejala sosial dapat dibendung dengan jayanya jika golongan remaja menyertai program berkenaan.

     Tambahan pula program ini mendedahkan golongan remaja kepada kerja-kerja yang bercorak kebajikan. Golongan remaja masa kini biasanya hidup dalam keadaan mewah dan hanya mementingkan gaya hidup yang bebas. Mereka jarang diajak untuk menabur bakti dengan melakukan kerja-kerja kebajikan. Dalam program ini model khidmat masyarakat yang melibatkan kerja-kerja kebajikan diperkenalkan supaya peserta dalam memberikan sumbangan ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Mereka dihantar untuk bekerja membersihkan kawasan perumahan, rumah-rumah kebajikan, rumah anak yatim, dan sebagainya. Dengan cara ini golongan remaja akan menjadikan kerja-kerja kebajikan sebagai sesuatu yang boleh dilakukan sepanjang masa dan bukan pada masa-masa tertentu sahaja.

      Kesimpulannya, Program Latihan Khidmat negara mendatangkan pelbagai manfaat kepada golongan remaja. Oleh itu semua pihak tidak perlu mempertikaikan kewajaran pelaksanaan program berkenaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak mahu golongan remaja masa kini terus terjebak dalam gejala-gejala yang tidak sihat. Remaja hari ialah pemimpin pada masa akan datang. Dengan pelaksanaan program ini, kita berharap golongan remaja hari ini akan menjadi tonggak penting dalam memenuhi keperluan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Punca-Punca Dan Kesan-Kesan Rasuah

22:05:00 0
Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka.
 

Terdapat pelbagai punca yang boleh dikenal pasti mengakibatkan gejala rasuah ini semakin berleluasa. Antaranya ialah, akibat arus modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

Selain itu, gejala rasuah turut berpunca dari kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah. Oleh itu tidak hairanlah andai gejala rasuah semakin kerap berlaku. Selain itu, faktor sosial dan budaya turut menyumbang berlakunya gejala rasuah. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.
 

 Gejala rasuah sememangnya akan meninggalkan pelbagai implikasi terhadap pelbagai pihak. Oleh kerana itu, perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita. Disamping itu, gejala rasuah turut akan memburukkan lagi taraf kemiskinan rakyat kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan. Justeru bagi mengelak berlakunya keadaan sedemikian adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dalam membanteras isu ini hingga ke akar umbi.
 

Selain itu, rasuah turut akan mewujudkan pemerintahan yang lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya, ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.
 

Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun 1995 ke tempat 39 pada tahun 2004. Menyedari akan hal ini, maka tidak hairanlah pihak kerajaan bertungkus-lumus dalam usaha membasmi peningkatan kadar gejala rasuah di negara ini. Antara lengkah bagi mengatasi gejala rasuah ini ialah, mewujudkan badan pencegahan rasuah. Pada tahun 2008, Kerajaan dan Parlimen telah bersetuju supaya sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta untuk memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi Suruhanjaya. SPRM akan turut disokong oleh mekanisme memeriksa dan mengimbangi dalam memastikan Suruhanjaya bertindak selaras dengan kehendak perundangan, negara dan aspirasi masyarakat. Suruhanjaya ini mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia.
 

Natijah akhirnya, rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997. Rasuah dianggap jenayah kerana perbuatan ini melanggar etika sesuatu bidang pekerjaan malah secara tidak langsung si pelakunya mengambil atau ‘mencuri’ hak orang lain. Justeru seharusnya langkah kerajaan dalam membendung gejala rasuah ini wajar disokong oleh semua pihak memandangkan rasuah mampu meninggalkan implikasi terhadap semua pihak. Sesungguhnya, tanpa rasuah segala urusan pembangunan dapat berjalan dengan lancar. Keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat juga akan dapat dipertahankan dan semua rakyat tanpa mengira kedudukan dan bangsa akan hidup dengan aman.

Contoh lain : Amalan Rasuah dan Langkah-langkah Menanganinya

Punca dan Cara Mengatasi Masalah Obesiti

10:27:00 13
Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah semestinya membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri. Hasil kajian yang pernah diterbitkan dalam Media Permata di Brunei menunjukkan bahawa peratusan penduduk obes di negara ini adalah yang tertinggi di Asia.

 Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus.

Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara senaman yang boleh dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar melakukan pergerakan ialah berjalan kaki pantas, berenang, atau bermain badminton. senaman ini dapat mengelakkan kecederaan.

Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, Mcdonald, Ayamku, dan Pizza Hut digemari ramai penduduk Brunei terutama mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.

 Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak, dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

Contoh lain : Punca-Punca Berlakunya Obesiti

Kesan-kesan Globalisasi

10:20:00 0
Pengenalan
  • Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi 
  • Berlaku aliran barangan, perkhidmatan, idea dan maklumat secara bebas antara negara tanpa sekatan. Globalisasi membawa kebaikan dan keburukan.
Isi-Isi 

Kesan-Kesan Baik 
1. Globalisasi memajukan  ekonomi negara
  • Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempergiat perdagangan antarabangsa 
  • Peniaga dapat meluaskan pasatan ke seluruh dunia 
  • Persidangan video, internet dan e-mel telah memudahkan perhubungan 
  • E-dagang dan e-perbankan juga dapat dijalankan 
  • Peniaga dan pengguna menual dan membeli barangan melalui intrnet 
  • Ekonomi negara berkembang pesat 
2. Globalisasi mewujudkan persefahaman sejagat
  • Sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia memudahkan interaksi 
  • Pertukaran pengetahuan, pengamalan budaya dan sebagainya bergerak dengan bebas 
  • Menjalin hubungan erat dan mengurngkan salah faham 
  • Peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui dengan serta-merta 
  • Membolehkan bantuan diberikan dengan segera
3. Pemindahan teknologi bertambah pesat
  • Pelaburan asing membawa teknologi baru ke sesebuah negara 
  • Pelabur asing menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) 
  • Rakyat tempatan berpeluang untuk mempelajari dan memiliki teknologi canggih 
  • Rakyat tempatan mampu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D). 
4. Politik
  • Hubungan yang erat dalam bidang politik antara Malaysia dengan negara-negara lain akan memberi kesan yang baik dalam bidang yang lain seperti bidang ekonomi dan sosial . 
  • Kebanyakan kerajaan telah menggubal peraturan global dan institusi untuk menangani isu seperti perdagangan, hak asasi, dan alam sekitar.  
5. Sosial 
  • Sistem pendidikan akan terus berkembang maju dengan adanya internet. Pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau di luar negeri. Pendidikan bertaraf dunia dapat diwujudkan di Malaysia dalam era globalisasi. 
  • Pendedahan pelbagai maklumat kepada rakyat Malaysia conth: bidang perubatan- makanan berkhasiat, senaman yang betul. 
  • Ilmu-ilmu ini menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan yang luas.
6. Ekonomi 
  • Wujudnya perdagangan bebas, pengaliran modal secara bebas, menggalakkan persaingan, peluasan pasaran,peningkatan kualiti prosuk dan berlakunya aliran buruh mahir dan separa mahir(pemangkin kepada kemajuan negara) 
  • Syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga telah meningkat pelaburan mereka ke seluruh dunia seperti Syarikat Telekom Malaysia Berkad, Maybank dan Petronas – sebaris dengan syarikat gergasi luar negara. 
 Kesan-Kesan Buruk
1. Globalisasi menyebabkan penjajahan ekonomi
  • Kedudukan ekonomi negara mundur dan negara sedang membangun diketahui negara maju. 
  • Negara maju dapat memanipulasikan ekonomi negara-negara lain demi kepentingannya 
  • Negara maju mempengaruhi minda penduduk Dunia Ketiga
2. Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya
  • Budaya liar dari Barat dapat disebarkan melalui internet dan televisyen satelit 
  • Budaya liar ini langsung tidak ditapis 
  • Generasi muda terikut-ikut akan nilai runtuh 
  • Budaya Barat menjadi dominan 
  • Budaya tempatan yang murni akhirnya terkikis 
  • Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh akhlaknya 
3. Politik
  • Campur tangan atau bantuan kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk menggulingkan kerajaan sedia ada seperti negara Afghanistan, Libya, Iraq, Sudan, Mesir dan lain-lain atas alasan mereka membangunkan senjata nuklear atau memberi latihan kepada kumpulan pengganas 
  • Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara-negara maju terhadap musuh mereka. 
  • Penggodaman sistem pertahanan – mencari kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara
4. Pendidikan
  • Peminggiran penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu – bahasa Inggeris lebih diutamakan terutamanya IPTS bahasa Inggeris digunakan dalam internet 
  • Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar kurang baik
5. Ekonomi 
  • Penghakisan dasar perlindungan produk tempatan – produk tempatan tidak lagi dilindungi dan terpaksa bersaing dengan produk luar negara 
  • Monopoli syarikat multinasional – syarikat-syarikat kecil akan ketinggalan dan seterusnya terpaksa gulung tikar keranatidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar dalam dan luar negara. 
  • Ancaman terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan 
  • Ancaman ke atas industri kecil dan sederhana (IKS) 
  • Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan penghakisan kedaulatan ekonomi negara. 
  • Serangan mata wang – nilai mata wang negara jatuh – kemelesetan ekonomi berlaku 
  • Manipulasi pasaran sahan saham – menyebabkan pasaran saham tempatan jatuh dan akan menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh kerana pelabur-pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap keyakinan ekonomi Malaysia
6. Teknologi
  • Penyalahgunaan teknologi akan membahayakan manusia seperti teknologi nuklear  - boleh dibuat senjata nuklear, kebocoran tenaga nuklear 
  • Teknologi pembuatan senjata-senjata moden telah banya memusnahkan kehidupan manusia 
  • Pengintipan yang dilakukan oleh negara-negara maju melalui satelite untuk mendapatkan maklumat negra-negara musuh mereka.
Penutup
  • Globalisasi telah membawa kesan yang besar 
  • Penduduk dunia perlu bersedia untuk menghadapi kesan globalisasi 
  • Dengan cara ini, barulah globalisasi benar-benar mendatangkan faedah kepada kita

Pelaburan Asing

18:28:00 2
Kemelesetan ekonomi dunia yang serius telah menimbulkan beberapa implikasi negatif terhadap negara. Pertumbuhan ekonomi yang lembab telah mengakibatkan pengganguran, kejatuhan eksport dan menambahkan hutang negara. Oleh itu, pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai pendekatan baru demi menarik kemasukan pelaburan asing agar dapat membawa manfaat ke arah mempercepatkan kemajuan negara. Kerajaan telah melipatgandakan usaha untuk menggalakkan pelaburan asing di negara ini.

     Teknologi muktahir merupakan salah satu sumbangan pelaburan asing ke Malaysia. Hal ini demikian kerana, pelaburan asing membolehkan pemindahan teknologi moden ke negara ini. Malaysia masih kekurangan sumber kewangan untuk membiayai projek-projek latihan dan penyelidikan demi mencapai teknologi moden. Masalah ini merupakan satu penghalang yang menyekat kemajuan sektor perindustrian. Pelabur- pelabur asing akan membawa bersama teknologi dan sistem pengurusan moden serta tenaga profesional yang pakar dan produktif. Mereka juga akan melaksanakan pelbagai program untuk melatih buruh tempatan demi mengembangkan pengetahuan kepakaran agar pekerja-pekerja tempatan dapat diserapkan ke dalam projek pelaburan mereka. Contohnya, projek mencarigali minyak di Terengganu.

      Selain itu, pendapatan negara akan bertambah dengan adanya kemasukan pelaburan asing ini.Hal ini kerana, pengaliran wang ke luar negera akan berkurangan kerana banyak barangan import telah digantikan dengan barangan tempatan. Sebelum ini, kebanyakan bahan mentah dieksport ke negara-negara maju dengan harga yang rendah. Kemudian bahan mentah ini diproses menjadi barangan siap dan dijual semula semula ke negara ini dengan harga yang lebih tinggi. Kemasukan pelaburan asing membolehkan banyak modal dan kepakaran disalurkan ke kilang-kilang perusahaan tempatan. Bahan-bahan tempatan boleh diproses oleh kilang-kilang di negara ini. Dengan cara ini, harga dan penggunaan bahan mentah tempatan lebih terjamin.
 
     Antara usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk menarik pelabur asing ialah dengan mengadakan skim galakan kepada pelabur asing. Ini merupakan daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Pihak kerajaan memberikan taraf perintis untuk membolehkan syarikat-syarikat asing yang baru menikmati kemudahan pengecualian cukai, di samping melanjutkan tempoh pengecualian cukai untuk syarikat- syarikat asing yang sedia ada. Dalam usaha menambahkan modal asing, pihak kerajaan juga harus melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek. Keistimewaan ini dapat menarik para pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Malaysia juga mengamalkan dasar pertukaran wang asing yang liberal. Pelabur-pelabur asing dibenarkan membawa keluar segala keuntungan dan pulangan modal. Ini satu-satunya insentif negara yang dihargai oleh pelabur asing.
 
      Di samping itu,kerajaan juga boleh memperbanyakkan program rombongan penggalakan pelaburan ke luar negara. Penghantaran rombongan penggalakan pelaburan ke luar negara adalah langkah yang wajar untuk menarik kemasukan pelaburan asing. Sejak bulan Mei 1987, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri telah mengetuai banyak rombongan penggalakan ke luar negera. Untuk menyedarkan pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Malaysia melalui seminar pelaburan, mesyuarat serta laporan media massa. Maklumat pelaburan untuk pelabur asing juga disampaikan menerusi pejabat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia di luar negeri dan kedutaan asing. Langkah ini dapat memberi penjelasan mengenai dasar-dasar baru kerajaan dan galakan serta peluang pelaburan kepada bakal pelabur asing. Jelaslah,ini akan menimbulkan minat di kalangan pengusaha asing dan memandang Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menguntungkan.
 
      Justeru,kemasukan pelabur asing ke negara kita telah memberikan pelbagai impak yang positif .Peranan pihak kerajaan dalam menggalakkan pelaburan asing di negara kita amat penting dalam menjana pembangunan ekonomi negara kita. Dengan adanya kemasukan pelaburan asing ini kita juga dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara.

Faktor Dan Langkah Mengawal Pemanasan Global

18:14:00 0
Pada era globalisasi ini,pelbagai fenomena yang menggugat keselamatan dan cukup hasrat dibincangkan masyarakat seluruh dunia. Contohnya, seperti fenomena el-nino yang menyebabkan kemarau yang berpanjangan dengan suhu panas yang keterlaluan. Hal ini secara globalnya di sebabkan oleh aktiviti manusia dan alam semula jadi. Oleh itu, faktor tidak berlakunya global ini haruslah diterokai bagi membendung pencemaran alam.

      Antara faktor berlakunya pencemaran global ini ialah aktiviti manusia melalui perindustrian. Kandungan gas-gas yang terhasil daripada industri-industri ini menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan menyebabkan ultraungu memancar terus ke bumi tanpa lapisan. Cahaya ultraungu ini yang menyebabkan suhu dunia lebih panas dari biasa.Aktiviti manusia melalui perindustrian ini akan mengeluarkan gas seperti karbon monoksiada, karbon dioksida, metana, nitrus dioksida akan menyerap sinaran cahaya matahari dan mengeluarkan sinaran tersebut semula. Proses tersebut menyebabkan suhu purata atmosfera bumi meningkat. Jelaslah, aktiviti manusia melalui perindustrian mampu mengakibatkan suhu bumi meningkat.

      Selain itu, pengguanaan bahan kimia yang tidak terkawal mahupun bahan kimia yang tidak bersifat mesra alam juga merupakan antara faktor penyumbang kepada pemanasan global. Contohnya, penggunaan kloroflurokarbon dalam industri penyaman udara dan plastik. Pembebasan gas halon yang digunakan dalam industri alat pemadam api juga di antara contoh penggunaan bahan kimia yang berbahaya dan menyumbang kepada pemanasan global. Pembebasan ini juga telah menipiskan lapisan ozon yang berfungsi mgengawal kadar kemasukan pancaran ultra ungu. Apabila pancaran ultra ungu memancar dalam keadaan yang agak banyak, ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia, merosakkan tumbuhan dan menyebabkan berlakunya pemanasan global. Oleh itu, penggunaan bahan kimia yang berbahaya dan tidak terkawal dapat menyumbang kepada berlakunya fenomena pemanasan global.

      Justeru, langkah mengatasi haruslah diambil iaitu dengan melaksanakan program pencegahan yang berkesan terhadap penggunaan CFC di peringkat antarabangsa.Penggunaan bahan lain yang tidak membebaskan radikal klorin hendaklah digalakkan untuk menggantikan klorofluro karbon (CFC), misalnya bahan CFC tiruan. Sebagai contoh,penggunaan racun serangga berasaskan H2O hendaklah digubal dan dilaksanakan dengan tegas agar semua pihak mematuhinya.Sekiranya sesebuah kilang itu terpaksa juga membebaskan CFC,pekilang hendaklah diwajibkan memasang alan penapis yang berkesan agar radikal klorin tidak terbebas secara berlebihan di udara.

      Di samping itu, orang ramai juga harislah digalakkan supaya mengurangkan sebarang penggunaan barangan yang mengandungi gas CFC.Bahan-bahan plastik yang digunakan sebagai alat pembungkus makanan yang mengandungi CFC, seperti barangan kloroform yang dijadikan pembungkus makanan harus digantikan dengan alat pembungkus tradisional seperti daun dan kertas untuk makanan seperti nasi lemak dan sebagainya. Bahan ini bykan sahaja mudah reput, tetapi juga tidak memcemarkan alam. Penjual ikan juga haruslah digalakkan untuk mengguna peti kayu dan bukannya peti plastik yang mengandungi bahan CFC. Tegasnya, seluruh masyarakat di dunia hendaklah menyedari akan seriusnya kesan akibat penipisan lapisan ozon dan masing-masing hendaklah menyumbang usaha untuk membanterasnya.

      Kesimpulanya, semua pihak seharusnya bertindak cepat untuk mengatasi masalah ini sebelum keadaannya menjadi semakin serius. Usaha yang dijalankan tidak seharusnya hanya melibatkan generasi tua tetapi juga generasi muda kerana merekalah yang akan menentukan samaada masalah ini akan menjadi lebih parah atau sebaliknya. Generasi muda di seluruh dunia mestilah disedarkan tebtang masalah ini dan mereka hemdaklah dididik sejak kecil lagi agar menghargai alam sekitar dan bumi.

Faktor Yang Mempengaruhi Kesihatan Manusia

18:11:00 0
Kesihatan merupakan sesuatu yang amat penting dalam dir seseorang manusia. Lebih-lebih lagi, pada mada kini manusai semakin terdedah kepada pelbagai ancaman dan masalah kesihatan, berikutan dengan gaya hidup yang semakin mencabar. Pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang dari segi mental mahupun fizikal.

     Antara faktor yang mempengaruhi kesihatan manusia ialah penekanan terhadap aspek fizikal. Sebagai contoh, dengan melakukan senaman, risiko penyakit jantung dapat dikurangkan. Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot dan jantung serta akan mengurangkan bebanan pada jantung. Selain dapat mengurang risiko penyakit jantung, bersenam juga dapat meningkatkan paras kolestrol pelindung yang dikenali sebagai ‘high density lipo’ protein (HDL). Antara jenis senaman yang popular pada masa kini ialah senamrobik dan kolestenik. Tuntasnya, senaman merupakan salah satu faktor yabg menyebabkan kesihatan manusia .

      Selain itu, amalan pemakanan yang seimbang turut menjadi faktor yang mempengaruhi kesihatan manusia. Makanan seimbang dapat memberikan tenaga dan haba yang cukup kepada badan seseorang. Pealiran darah juga akan lancar. Hal ini dapat memastikan gas oksigen dapat dialirkan ke seluruh tubuh badan dengan baik. Makanan seimbang yang digambarkan oleh piramid makanan membolehkan pembinaan tisu-tisu baru bagi menggantikan tisu-tisu badan yang lama atau rosak. Makanan yang seimbang turut memastikan badan mengandungi kandungan nutrisi yang mencukupi. Sebagai contoh, kandungan badan yang cukup vitamin, garam mineral, kalsium dan sebagainya akan dapat melindungi diri daripada penyakit seperti skurvi, selesema demam, rabun malam dan sebagainya. Pendek kata, amalan pemakanan penting untuk kesihatan kita.

      Di samping itu, kesihatan manusia juga dipengaruhi oleh pengambilan makanan suplemen. Hal ini kerana, makanana suplemen penting untuk meningkatkan daya pencegahan penyakit. Sebagai contoh, penghidap osteoparosis iaitu seseorang yang mempunyai tulang yang lemah, rapuh dan mudah patah dapat membina tulang yang kuat melalui pengambilan pil kalsium yang mencukupi. Dengan ini kadar kehilangan jisim tulang dapat dielakkan. Makanan suplemen juga mempunyai bakteria yang sihat untuk membersihkan toksik dalam kolon atau usus kita. Dengan ini, toksik tidak akan meresap jauh ke dalam sistem badan kita.

      Kesihatan manusia juga dipengaruhi oleh gaya hidup seseorang individu. Hal ini kerana, gaya hidup yang tidak sihat akan dapat menjejaskan kesihatan seseorang. Sebagai contoh, pengmbilan alkohol dan amalan merokok bagi pesakit diabetes terutamanya akan menyebabkan penyakit jantung. Hal ini kerana, amalan merokok menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan seterusnya cenderung menyebabkan tekanan darah tinggi. Jelaslah bahawa, kesihatan manusia berpunca dari gaya hidup seseorang individu.

      Intihannya, kesihatan manusia bergantung kepada pelbagai faktor yang mendorong kepada taraf kesihatan yang baik . Namun, ianya bergantung pada sikap individu tersebut dalam menjaga kesihatan diri. Oleh itu, kita mestilah mengambil berat dalam menjaga kesihatan diri masing-masing .

Peranan Media Dalam Pembangunan Negara

18:06:00 0
Apabila disebut media, apa yang akan tergambar di minda warga Malaysia kini ialah blog dan bloggers. Blog, salah satu daripada bentuk komunikasi media letronik, menjadi begitu hangat diperkatakan adalah kerana kenyataan yang dibuat oleh pihak kerajaan, yang mendapati blog danbloggers (individu atau sekumpulan yang mempunyai dan menjadi pengamal laman blog internet) mempengaruhi orang ramai dalam menentukan kemenangan pada seseorang calon pilihan raya.
Kenyataan peri pengaruhnya blog ini seterusnya disahkan lagi apabila Barack Obama difaktakan sebagai menggunakan laman blog untuk meraih kemenangan dalam pemilihan presiden Amerika yang lalu. Kini, media yang sama – blog – dijadikan sebagai antara bentuk komunikasi terpenting dalam merapatkan hubungan diplomatik antarabangsa, apabila Obama menghantar utusan ucapan menyambut hari ulang tahun Revolusi Iran, melalui blog. Begitulah juga dengan Israel.
Sesiapa yang mempunyai luangan masa dan melawati blog-blog yang ada, mereka akan mempunyai maklumat, berita, fakta, pandangan, komen, kritikan, hujahan dan sebagainya selain blog yang khusus dalam bidang fotografi, pendidikan, sains, agro, robot, ikan, tisu kultur, dan… apa saja yang ada dalam persada ilmu dan pengetahuan masa kini.
Dengan spektrum peranan media yang sebegini luas, terkini, terarah, dan fokus, dan dapat disebarkan pula dalam sekelip mata ataupun hanya dengan jejari, sudah tentu impaknya amat besar terhadap masyarakat, hatta negara.
Dasar Langit Terbuka, ternyata bukan saja merancakkan lagi sebaran dan tebaran ilmu serta maklumat dan pengetahuan melalui media, tetapi turut menyulitkan usaha untuk mengawalnya.Dunia tanpa sempadan, global, telus dan bermaklumat, yang bergerak di atas landasan kebebasan bersuara, hak asasi manusia, terutamanya paksi manusia adalah bersaudara, menjanjikan suatu pembaharuan dan perubahan bakal berlaku dalam satu-satu masyarakat, juga negara.
Sememangnya, menjadi hasrat dan cita-cita mana-mana negara untuk memanfaatkan media ini bagi pembangunan negara. Jika ada negara yang menafikannya, maka tunggulah pelbagai tindakan, baik dari pihak kerajaan mahupun NGO terutamanya, yang akan bangkit membangkang dan menentangnya. Terpentingnya, suara penentangan ini tersebar dalam beberapa saat saja, dan ruang sebarannya adalah seluruh dunia!
Bagi negara seperti Malaysia, yang masih lagi berusaha untuk menjadi sebuah negara yang maju, dan mesti terus kekal membangun dari segi ekonominya, peranan media menjadi semakin ditagih. Tujuannya ialah untuk pembangunan negara… dan status negara-bangsa yang tertempel bersamanya, menjadikan usaha menarik peranan media ke dimensi pembangunan negara bangsa begitu mencabar.
Sebabnya, Malaysia adalah sebuah negara yang agak unik. Pertamanya, Malaysia adalah pada asalnya negara bangsa Melayu, tetapi mempunyai warganegara yang berasal daripada keturunan lain seperti Cina dan India.
Keduanya, selepas 50 tahun memerintah sendiri, rakyatnya yang berbilang itu, sudah bertukar wajah, selaras dengan perubahan di negara-negara lain, terutamanya Barat yang juga mempunyai kisah kerakyatan yang sama. Mereka menuntut supaya mereka dilayan setaraf dengan bangsa Melayu kerana walaupun mereka berketurunan pendatang, mereka telah dilahirkan di Malaysia.
Ketiganya, alunan hak asasi manusia sejagat, keadilan, kesamarataan, keterbukaan, merupakan arus mega bertaraf global semasa. Ini diikuti oleh penentangan terhadap diskriminasi dan korupsi, yang begitu popular di negara-negara yang masih dalam program pembangunan. Projek dan program kemajuan yang dilaksanakan begitu banyak, besar dan serentak. Ini mengundang masalah dalam pelaksanaan, dan terbuka kepada pelbagai rupa korupsi dan kroni. Apatah lagi, apabila mereka yang terbabit dalam barah pembangunan negara ini ialah para pemimpin dan warga politik utama negara.
Penggabungan ketiga-tiga fakta di atas menjadikan wajah warganegara Malaysia terdiri daripada pelbagai faction (puak). Antaranya ialah:
  • puak yang mempertahankan hak bangsa asal – Melayu dan bumiputera lain;
  • puak yang menuntut supaya negara-bangsa Malaysia menjadi milik warganegara Malaysia secara totalnya, iaitu bangsa Malaysia;
  • puak campuran, iaitu yang terdiri dari golongan Melayu yang sudah bersedia untuk menerima warga lain sebagai taraf yang sama; 
  • menerima warga lain sebagai taraf yang sama; dan
  • puak yang mengasaskan perjuangan berteraskan kemanusiaan, dan bersedia menerima nilai-nilai agama.
Dengan yang demikian, pembangunan negara-bangsa di Malaysia, menjadi begitu penting dan besar. Bahkan berada di persada teratas daripada pelbagai agenda lain. Berbekalkan taraf pendidikan yang ada, ruang kebebasan yang diizinkan, dan kehadiran kecanggihan media yang sedia terhidang dan sering diperkasakan, maka peranan mereka yang terlibat dalam media massa begitu besar dan penting, terutamanya menjaga negara terus membangun dan dapat dinikmati oleh semua rakyat.
  
Ini menjadikan pemain media ini perlulah terdiri daripada mereka yang benar-benar berkelayakan. Mereka ini perlu mempunyai kefahaman mendalam tentang kenegaraan; mempunyai pengetahuan yang luas dalam hal pentadbiran dan pemerintahan termasuklah undang-undang, khususnya Perlembagaan.

Aspek di atas hanyalah untuk mengatasi atau menjawab isu-isu semasa yang dicetuskan oleh pelbagai pihak, terutamanya cetusan negatif dari golongan pembangkang dan penentang kerajaan, yang ‘terpelihara’ akibat ruang demokrasi, yakni ruang fahaman politik kenegaraan Malaysia. 

Bagi aspek-aspek yang lebih mendasar ialah falsafah, ideologi, dan pemikiran, yang menjadi premis utama untuk melihat negara terus membangun di atas paksi dan landasan yang kukuh, tahan lasak dan berpanjangan.  Ini diperlukan kerana cabaran semasa juga perlu difahami. Lagipun, cabaran semasa ini boleh merencatkan segala strategi dan perancangan yang telah dilakarkan, yang bererti hanya jauhari yang kenal manikam.

Biasanya, aspek yang mendasar inilah yang sukar difahami oleh massa, dan pengamal media pula akan mudah terpesona dengan pejuang-pejuang politik yang dangkal, berkepentingan dan tidak faham pun tentang kenegaraan. Ini boleh bukan saja membantut pembangunan, malah mengancam kedaulatan negara itu sendiri. Sebabnya, anasir luar amat berminat untuk membiayai mereka yang mudah lupa daratan dan kulit asalnya.

Faktor dan Kesan Jenayah Komersial

17:58:00 0
     Kejadian kes jenayah komersial yang semakin meningkat telah menyebabkan kebimbangan di Negara kita. Jenayah komersial adalah kegiatan jenayah yang melibatakan perdagangan seperti cetak rompak CD dan DVD, mencetak wang kertas dan syiling palsu dan mengeluarkan barangan palsu berjenama seperti jam tangan, beg, kasut, pakaian dan sebagainya. Ianya berpunca daripada pelbagai faktor dan memberikan impak terhadap negara.

     Antara sebab kejadian kes jenayah komersial semakit meningkat ialah disebabkan oleh sikap materialistic dalam diri seseorang. Hal ini kerana, wujud sifat tamak haloba dan pentingkan diri sendiri untuk mengejar kekayaan dengan cepat dalam diri mereka. Ini telah menyebabkan mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat keuntungan dengan cara mudah walaupun ianya menyalahi undang-undang.

     Seterusnya, sikap masyarakat yang kurang prihatin juga merupakan punca jenayah komersial. Ini kerana, terdapat segelintir masyarakat yang menganggap masalah ini merupakan trend terkini dan tidak ambil endah akan permasalahan tersebut. Hal ini akan menyebabkan masyarakat menjadi terbiasa dan sentiasa melakukan jenayah komersial ini. Akibat kurangnya pemahaman tentang masalah ini, jenayah ini telah menular dengan pantas dalam masyarakat kita.

     Kesan peningkatan bagi jenayah komersial ini terhadap negara ialah boleh menjejaskan prestasi kewangan sesebuah organisasi. Jenayah ini bukan sahaja membabitkan individu terbabit, tetapi ia juga menjejaskan kewangan negara. Sekiranya jenayah ini dibiarkan, ia akan member kesan negatif terhadap perniagaan negara dan keupayaan agensi penguatkuasa dalam mengurus dan menyiasat kes tersebut. Akhirnya ia boleh menghakis keyakinan ahli perniagaan tempatan dan asing untuk melabur di negara kita.

     Selain itu, ia juga akan menyebabkan peningkatan kadar jenayah dalam negara. Hal ini disebabkan oleh penjenayah kolar putih yang tidak dikenakan tindakan kerana mereka sukar untuk dikesan. Contohnya, golongan professional yang berjawatan tinggi sering menutup kesalahan mereka dengan memberikan wang sogokan kepada pihak-pihak tertentu. Hasilnya, pihak tersebut menerima wang sogokan tersebut tanpa berfikir panjang disebabkan oleh desakan hidup. Tansilnya, peningkatan kes jenayah komersial turut member impak kepada peningkatan kadar jenayah dalam negara.

    Kesimpulanya, kita seharusnya sedar akan tanggungjawab kita dalam membanteras jenayah komersial yang semakin berleluasa. Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan supaya jenayah tersebut dapat dikawal.